banner here

Resepi Cupcake Coklat Kukus Mudah Sukatan Cawan++

- Khamis, Mac 30, 2017
Resepi Cupcake Coklat - tidak terasa hari sudah tiba di penghujung minggu, selepas suami sibuk bekerja dan anak-anak berangkat sekolah akhirnya keluarga kita dapat berkumpul seperti semula. tapi sebagai isteri dan ibu memasak adalah pekerjaan yang tidak pernah ada hari cuti.

di hari weekend yang ceria ini apakah anda sudah ada idea untuk menyediakan makanan untuk keluarga? bila tidak ada idea anda boleh cuba mengikut resepi yang saya kongsikan resepi cupcake coklat kukus.

seperti biasa bila keluarga berkumpul di rumah saya pasti menyediakan makanan yang sedikit berbeza. sebab hari seperti ini sangat jarang terjadi di hari-hari biasa. untuk itulah anda sebaiknya memberikan kesan yang baik dan membuat keluarga menjadi betah untuk tetap dirumah.
Resepi Cupcake Coklat

Resepi Cupcake Coklat


sebenarnya, sudah lama saya ingin membuat kek ini tapi kerana saya malas untuk membeli bahan-bahan akhirnya barulah hari ini saya membuat cupcake. dahulu ketika saya masih belajar membuat kek ini saya mesti cuba sampai 3 kali hingga akhirnya berjaya.

sebab saya percaya asalkan sahaja kita ada minat dan kesungguhan untuk belajar, buat apapun mesti berhasil, kan? untuk anda yang baru berkahwin cupcake coklat boleh anda hidangkan untuk suami tercinta kerana ramai orang berkata coklat adalah tanda cinta.

kembali ke resepi, kek yang saya kongsikan ini sangat moist dan secukup sahaja kemanisanya. yang paling saya suka adalah cupcake nya sangat cantik. saya guna Cream icing sahaja untuk menghiasanya.

saya sengaja sedikit menghiasanya supaya lebih cantik, walaupun keluarga saya sangat menggemari kek tetapi bila saya sedikit memberikan kreativiti untuk makanan yang saya sediakan pasti akan menambah selera suami dan anak-anak untuk memakanya.
Resepi Cupcake Coklat Kukus


biasanya kedai-kedai kek menghias kek supaya lebih cantik dengan cream icing, kek yang cantik pasti lebih menarik untuk dibeli daripada kek yang biasa sahaja kan? sebenarnya banyak betul versi dan cara orang membuatnya. saya tengok di dapur kawan blogger resepi cupcake yang mereka kongsikan semuanya sedap.

sebelum anda mula untuk reading lebih jauh mungkin anda berminat mencuba resepi kek coklat kukus moist yang kongsikan beberapa hari lepas. okay, jom kita layan resepinya dibawah :

Bahan-Bahan

  • 3 Biji Telur Gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan minyak masak
  • cup saiz mengikut anda suka - saya guna cup kertas
Cara Membuat Cupcake Coklat


1. siapkan pengukus dan bekas adunan. masukkan telur bersama gula halus dan kacau hingga kembang kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi hingga sebati.

2.  masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko, dan baking powder kemudian kacau hingga sebati. bila sudah sebati masukkan minyak bersama air panas dan kacau lagi hingga sebati.
Cupcake Coklat Kukus


3. siapkan cup dan masukkan adunan kedalam cup sebanyak 2/3 sahaja sebab adunan nanti akan naik. bila air pada pengukus sudah mendidih barulah boleh kita kukus. biasanya saya mengukus selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.

Cream Icing

saya gunakan cream icing untuk membuat hiasan pada kek anda boleh guna cream icing untuk hiasan atau tidak guna pun tidak apa. sebab kek ini sudah sedap tetapi memang lebih cantik bila kek kita berikan hiasan.

Bahan-Bahan

  • 1 kg Krimwell
  • 1/2 kg gula Icing - ayak
cara penyediaanya adalah mula pukul krimwell hingga kembang kemudian masukkan gula icing yang sudah diayak dan pukul hingga rata. cream icing sudah sedia diguna untuk memberikan hiasan pada kek.
Resepi Cupcake


sebenarnya, banyak resepi cupcake coklat, ada yang dibakar menggunakan oven dan ada yang hanya dikukus sahaja. kenapa saya kongsikan yang versi kukus? sebab tidak semua dari pembaca blog memiliki oven dirumah jadi saya lebih memilih untuk menyediakan kek ini sahaja. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search