banner here

Rahsia Resepi Kek Batik yang Lembut dan Sedap

- Sabtu, Mac 25, 2017
Saya sudah mencoba pelbagai resepi yang ada di Majalah atau dapur kawan-kawan blogger tetapi ada satu resepi yang membuat saya senang sangat iaitu resepi kek batik. kenapa saya senang membuat kek ini?

sebab tak payah susah-susah nak bake, tak payah pakai tepung dan bahan-bahan untuk membuat kek ini pun senang dan murah. kek batik adalah desert yang sangat sesuai bila dihidangkan bila-bila masa pun. bahkan apabila bulan ramadhan tiba kek inilah yang menjadi kegemaran saya untuk berbuka puasa.
Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik

saya dan keluarga adalah penggemar kek dan kek kegemaran suami adalah kek marble. untuk kek batik beliau memang suka tetapi bila dibandingkan dengan saya masih lebih gemar saya memakan kek ini.

ada 2 jenis resepi kek batik yang saya tahu iaitu resepi kek batik yang menggunakan telur dan tanpa telur. saya suka semuanya tetapi lebih sedap memang bila tanpa telur. bila gunakan telur salutan kek batik tidak melekat dan agak kenyal.

tetapi bila tanpa gunakan telur salutan kek ini sedikit melekat dan mesti direhatkan semalaman dalam peti ais hingga beku baru kemudian dipotong mengikut sesuai yang anda suka. setiap orang mesti berbeza-beza dan termasuk dalam menggemari kek.

ada orang yang suka kek agak lembik dan ada juga orang yang suka kek agak rangup. tetapi semua kek akan menjadi sedap bila dalam menyediaanya megikuti kaedah yang ada. oh iya, beberapa bulan lagi sudah masuk bulan ramadhan.

Baca Juga :

resepi kek batik ini sangat sedap bila dihidangkan ketika juadah berbuka puasa. jom kita layan resepinya dibawah :

Bahan-Bahan

  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan serbuk milo
  • 1 paket biskut Marie 
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla - opsyenal
  • 250 gram butter
Cara Membuat Kek Batik

1. dengan menggunakan api sederhana cairkan butter atau mentega dalam periuk bila sudah cair masukan susu pekat manis, serbuk milo, dan serbuk koko. gaul sebati dan pastikan tiada milo berketul-ketul. masukan esen vanilla gaul sebati dan padamkan api.

2. patah-patahkan biskut marie menjadi 3 - 4 bahagian ke dalam periuk berisi adunan tadi dan gaul sebati. kemudian masukan ke dalam loyang yang sudah di alas kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah untuk dikeluarkan. 
Biskut Marie

3. bila anda ingin hasilnya lebih cantik jangan masukan biskut marie kedalam adunan coklat tetapi susun biskut marie kedalam loyang kemudian sudukan adunan coklat dan sapu rata seperti lapisan atas dan ulangi langkah tadi dengan berselang-seling sampai biskut marie habis.

4. agar kek ini tidak ada lubang padat-padatkan kek batik dalam loyang dengan menekan permukaan kek dengan menggunakan sudu.
Adunan Kek Batik

5. akhir sekali, sejukkan didalam peti ais semalaman atau least 6 jam kemudian keluarkan dan potong mengikut sesuai yang anda suka.

rasa resepi kek batik ini sangat manis jadi bila menghidangkan tak perlu tambah dengan teh tarik atau susu manis. rasa manis ini boleh mengganti gula yang hilang akibat sehari penuh berpuasa dan inilah resepi kek batik yang saya kongsikan, apabila bermanfaat sila share kepada keluarga atau kawan anda, selamat mencuba!

Next Post This Older
 

Start typing and press Enter to search