banner here

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Mudah++

- Ahad, Mac 26, 2017
Kek apa yang paling digemari oleh ramai orang di seluruh dunia? mungkin jawapan saya dan anda berbeza tapi saya percaya sebahagian besar ramai orang menggemari kek coklat dan hari ini saya ingin berkongsi resepi kek coklat kukus moist yang sangat mudah dan simple.

di negara kita Malaysia memang banyak terdapat jenis kek yang cantik. Selain daripada rasanya yang lazat juga tampilanya yang sangat menarik mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain daripada kek kukus ada juga kek bakar yang rasanya juga sedap. tetapi akan lebih sedap bila cara menyediakanya dengan mencampurkan bahan-bahan yang sesuai.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Resepi Kek Coklat Kukus

kek coklat kukus merupakan antara kek coklat yang paling digemari mungkin kerana rasa-Moist kesan dikukus atau kerana dilimpahi oleh topping yang menggiurkan sesiapa sahaja. tidak kiralah anda kecil ,besar, tua atau muda anda pasti suka dengan kek ini.

saya teringat kenangan kali pertama membuat kek coklat kukus padahal saya sebenarnya tidak pandai membaking. tetapi kerana desakan suami dan anak-anak akhirnya saya memberanikan diri untuk membuat kek ini.

mula-mula saya mencari resepi kek coklat kukus di Majalah, group resipi yang saya ikuti dan kawan-kawan blogger dan saya harus mengaku kesemuanya sedap, moist dan best of the best. saya catat semua resepi tersebut. selepas itu, saya pun mula menguji kemampuan saya menyediakan kek ini berdasarkan resepi yang saya tulis. tetapi selepas saya dapat resepinya apakah saya dapat membuatnya?

rupanya tidak sebab saya mesti belajar dan terus belajar dari semua kesalahan sehingga akhirnya saya dapat menyediakan kek yang sedap special untuk keluarga tercinta. bagi anda yang hendak belajar menyediakan kek ini jangan risau sebab resepi kek coklat kukus yang saya kongsikan ini sudah saya ubah sesuaikan dengan lebih simple dan mudah. jadi anda pasti tidak perlu menghadapi kegagalan dan terus belajar seperti saya yang memang tak pandai membaking ini.

pada peluang yang baik hari ini saya akan share rahsia resepi keluarga saya dalam membuat kek ini dan berikut adalah bahan-bahan yang harus anda sediakan:

Bahan-Bahan Kek Coklat

1. Bahan A

  • 1 cawan mentega - dicairkan (boleh guna minyak masak)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
2. Bahan B
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
Cara Menyediakan Kek Coklat Moist

1. campurkan kemudian ayak tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder kemudian ketepikan sekejap. 

ayak tepung gandum

2. siapakan kuali dan masukan semua bahan A (mentega, serbuk koko, susu cair, gula pasir, susu pekat manis)  masak semua bahan tersebut dan kacau hingga sebati menggunakan api kecil hingga adunan larut dan sejukkan.

3. siapkan bekas atau mangkuk besar dan pecahkan 4 telur tadi dan pukul hingga kembang. biasanya saya pukul selama lebih kurang 5 minit sampai betul-betul kembang. kemudian masukan esen vanilla bersama bahan A tadi kedalam telur yang sudah dipukul. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

4. lepas itu, masukkan campuran tepung gandum, soda biakrbonat, dan baking powder yang sudah diayak tadi. kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul lebih kurang selama 5 minit.

5. siapkan loyang (gunakan loyang mengikut yang anda suka boleh bulat, persegi, atau love) dan sapukan mentega atau butter di atas loyang kemudian tuang adunan kek kedalam loyang dan ikat dengan beg plastik atau alumunium foil agar wap air tidak masuk kedalam adunan.
tuang kedalam loyang

6. akhir sekali, didihkah air terlebih dahulu dan bila sudah mendidih kukus kek selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak. angkat dan sejukkan.

Bahan Untuk Topping (Ganache)

  • 1/2 bar coklat yang sudah dicairkan
  • 1 sudu mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu cair
Cara Menyediakan Topping

1. panaskan susu pekat manis dan susu cair dengan kaedah double boiler. kemudian masukkan coklat cair dan kacau sekejap. padamkan api dan masukkan mentega dan kacau lagi hingga mentega dan semua bahan menjadi cair.

2. tunggu hingga topping agak sejuk kemudian tuangkan topping atau ganache ke atas kek panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

3. akhir sekali, kek ini paling sedap bila dimakan sejuk-sejuk. jadi simpan kek dalam peti ais dan bila sudah sejuk boleh dihidangkan.
Resepi Kek Coklat Kukus

bila resepi kek coklat kukus moist yang saya tulis disini belum boleh membuat anda faham. anda bisa tengok video yang ada dibawah.


sangat benar apapbila ada pepatah menyebut, sedikit demi sedikit lama lama menjadi bukit. asal kita mahu terus belajar sedikit demi sedikit pasti ada masa dimana semua hasil belajar kita mendapatkan hasil yang memuaskan. 

sangat senang apabila makanan yang kita sediakan selalu habis dimakan oleh keluarga kerana makanan yang kita sediakan adalah bentuk dari cinta kita untuk keluarga. bila artikel ini bermanfaat anda boleh share artikel kepada rakan atau keluarga dengan klik social button dibawah.

mungkin rakan anda penggemar kek coklat kukus tetapi tidak tahu cara membuatnya? dengan share artikel yang saya kongsikan ini anda boleh mendapatkan pahala. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search