banner here

Rahsia Resepi Kek Marble Sangat Gebu dan Mudah

- Sabtu, Mac 25, 2017
Resepi Kek Marble - Menu kek apa yang menjadi hidangan wajib ketika hari raya? jawapan setiap orang pasti berbeza dan jawapan saya pasti juga berbeza dengan anda. tetapi ketika hari lebaran tiba biasanya saya menyediakan kek marble dan kek batik.

saya dan keluarga adalah penggemar kek. bahkan hampir setiap minggu saya membuat kek untuk keluarga. saya mula belajar membuat kek ketika Age 17 tahun dan memang tidak pernah berjaya pada masa itu.
Resepi Kek Marble

Resepi Kek Marble

tetapi dari masa ke masa saya terus belajar dari kesalahan dan akhirnya boleh membuat kek yang sedap. semua orang yang mahu belajar pastilah nanti boleh membuat apa sahaja. sebab kita sudah dibekalkan oleh Allah otak yang pintar yang boleh belajar dari kesalahan.

jadi apabila anda mahu membuat resipi untuk keluarga tercinta jangan takut untuk terus belajar. kita memasak untuk keluarga bukan sahaja sebuah kewajipan tetapi juga merupakan seni dan bentuk dari cinta kita untuk suami dan anak-anak.

kembali ke resepi, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek marble ini sangat mudah dan cara penyediaanya senang sahaja. banyak orang berkata bahawa kek ini sangat lembut dan gebu memang betul apa yang orang kata.

kek ini juga boleh untuk hidangan dan bekalan tetamu yang datang ke rumah anda dan masa yang diperlukan untuk membuat kek marble tidaklah banyak. kenapa saya suka kek ini?

sebab kek ini sangat simple kalau kek red velvet saya memang suka tetapi saya bahan-bahan yang digunakan sangat mahal dan susah untuk didapatkan. resepi ini agak remeh juga kerana perlu menggunakan banyak bekas untuk memukul telur putih secara berasingan.

bila anda ingin kek ini lebih cantik, bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang anda sukai, kemudian tuang dalam adunan dan loreklah sesuka hati. biasanya saya lorek berbentuk gambar Love 💗💗 atau apapun agar ia kelihatan cantik.

saya kongsikan resepi kek marble ini sebagai rujukkan anak-anak saya di masa depan dan kawan-kawan semua yang ingin belajar. jom kita layan resepinya dibawah :

Bahan-Bahan
Bahan Kek Marble


  • 4 Biji Telur Gred A
  • 4 sudu makan serbuk koko - ayak
  • 3 sb susu pekat manis
  • 225 gram butter atau mentega
  • 165 tepung gandum (boleh guna 2 cawan tepung naik sendiri dan tidak perlu guna baking powder)
  • 165 gula kaster
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovalette
Cara Membuat Kek Marble

1. ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian pukul susu pekat manis, butter, dan esen vanilla hingga kembang. pada bekas lain, pukul putih telur sampai ringan dan terus pukul sambil masukan gula sedikit demi sedikit hingga rata.

2. kemudian masukan kuning telur gred A kedalam adunan putih telur dan masukan ovelette dan butter yang sudah dipukul tadi dengan esen vanilla dan susu pekat manis. lepas tu  pukul lagi hingga adunan rata.

3. masukan tepung yang sudah diayak dengan baking powder dan gaul hingga rata dan apabila sudah rata bahagikan adunan kedalam beberapa bahagian dan masukan warna mengikut yang anda suka. tuangkan adunan kedalam loyang bersaiz 8 Inci secara selang seling. agar ianya cantik lorek membentuk love menggunakan chopstick.

4. akhir sekali, panaskan oven pada suhu 175"C dan bakar adunan kek marble tadi selama lebih kurang 45 minit atau hingga masak. bila sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sekejap kemudian potong.

agar anda lebih faham dengan resepi yang saya kongsikan ini tengok video dibawah :


supaya resepi kek marble ini menjadi betul-betul lembut dan gebu semasa mengadun harus dipukul lama sedikit kerana adunan mesti rata dan kembang. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search