banner here

Resepi Kek Milo Kukus Moist Mudah++

- Jumaat, Mac 31, 2017
Sebelum saya mulai kongsikan resepi kek milo kukus, hari ini saya ingin bercerita sedikit yaitu beberapa hari lepas saya lambat untuk bangun tidur. saya sangat bimbang sebab biasanya saya bangun tidur pada jam 5 pagi, tapi hari ini saya bangun tidur jam 7 pagi.

alhasil saya tidak sempat menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. rasa kecewa sangat saya rasakan karena saya merasa tidak bisa menjadi ibu dan istri yang baik untuk keluarga. apa anda pernah untuk lambat bangun pagi dan tidak boleh menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga?

saya harap anda tidak pernah seperti saya. di tengah kebimbangan yang saya rasakan ada sedikit cahaya Penyokong yang tiba-tiba datang dari fikiran saya. saya ingat sebuah resepi yang boleh disediakan dengan cepat dan mudah iaitu kek milo. saya terus mencari buku nota resepi yang saya punya dan mencari resipi tersebut.
Kek Milo Kukus

Resepi Kek Milo


alhamdulillah, akhirnya resepi tersebut saya dapati dan saya mula melihat semua bahan-bahan yang diperlukan di dapur. nasib baik semua bahan sudah tersedia dan percaya tak, saya siakan kek milo ini hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

resepi ini memang cepat, mudah dan ringkas sangat sesuai bila anda malas untuk menyediakan makanan yang sukar. masa untuk membuatnya pun tidak selama kek pisang kukus blender atau kek marble yang pernah saya kongsikan beberapa hari lepas. 

tidak perlu guna mixer cukup gunakan whisx sahaja, masukkan semua bahan kedalam bekas kemudian gaul hingga adunan menjadi sebati. senang kan? tetapi memang sebenarnya, menyediakan suatu hidangan atau memasak bukanlah suatu yang sukar bila anda sudah biasa menyediakan hidangan tersebut pastilah mudah dan cepat.

kembali ke resepi, kek milo ini paling sedap bila dimakan suam-suam, tetapi jangan pulak keluar dari pengukus terus makan, nanti lidah anda boleh yang melecur hihihi.. walaupun resepi ini boleh disediakan dengan cepat. tetapi rasanya tetap sedap dan anak-anak sangat menggemari kek ini.

sampai-sampai anak saya meminta untuk membuat kek ini lagi. bila memang ada masa luang saya akan terus membuatnya tetapi bila sibuk saya berjanji akan menyediakanya lagi di penguhujung minggu. sebagai suri rumah kita memang mesti bijak mengurus belanja dapur kerana sekarang ini bahan-bahan yang semakin mahal harganya.

bila anda ingin menjimatkan belanja dapur tetapi ingin mencuba membuat kek maka resepi ini sangat sesuai untuk anda. jom kita layan resepi kek milo kukus yang mudah dan sedap ini dibawah

Bahan-Bahan
  • 3 Biji Telur 
  • 1 Sudu Kecil esen Vanilla
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Choc Chip - untuk hiasan
Cara Membuat Kek Milo Kukus

1. panaskan pengukus dan ayak hingga rata tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat dan ketepikan sekejap.

2.  campurkan minyak jagung, susu cair, susu pekat, milo, dan gula halus kemudian masak diatas api kecil. kacau hingga sebati dan bila sudah sebati tutup api.
Resepi Kek Milo

3. masukan telur dan esen vanilla kacau hingga sebati. kemudian masukan tepung gandum yang sudah diayak tadi dan kacau lagi hingga sebati. tapiskan bila masih berketul-ketul.

4. siapkan ramekin atau mug dan tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 sahaja kerana adunan nanti akan kembang bila dikukus. kemudian taburkan choc chip untuk hiasan pada atasnya.

5. akhir sekali, bila air pada pengukus sudah mendidih. boleh dikukus selama 25 minit atau hingga masak. 

Note:
bila anda tidak suka guna ramekin atau mug boleh gunakan loyang, tapi sebelumnya lenserkan mentega diatas loyang dan tuangkan adunan kedalam loyang kemudian dikukus dengan api sederhana selama 30 minit atau hingga masak.
Resepi Kek Milo Kukus

resepi kek coklat milo yang saya kongsikan ini akan lebih cepat bila anda menyediakanya dengan cara dibakar dengan menggunakan microwave kerana hanya perlu masa selama 3 minit sahaja. bila lebih masanya ianya akan sedikit keras. bila resepi ini bermanfaat anda boleh share kepada rakan atau keluarga. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search