banner here

Resepi Kek Minyak Kukus Warna-Warni Mudah++

- Isnin, Mac 27, 2017
Anda pernah cuba makan kek minyak tak? rasanya gebu, lembut, dan sedap kan? tapi apakah anda boleh membuat kek ini sendiri dirumah? hari ini adalah hari kemenangan anda kerana saya akan berkongsi resipi kek minyak kukus yang mudah dan ringkas.

resepi ini memang gebu dan moist, saya makan ketika masih panas-panas kerana sudah tidak sabar menunggu ianya sejuk. rasa kemanisanya sangat sesuai dengan citarasa saya. saya memang penggemar kek dan hampir semua kek saya suka.
Resepi Kek Minyak Kukus

Resepi Kek Minyak Kukus


beberapa hari lepas suami meminta saya untuk membuat biskut. tetapi kerana mood rajin saya hilang akhirnya mood rajin saya hilang akhirnya hingga kini saya belum membuatkan biskut untuk suami tercinta. saya memang lebih suka buat kek berbanding biskut sebab membuat kek sekejap sahaja. adun terus bakar atau kukus. bila membuat biskut, berpeluh ketiak nak mengulang langkah hingga siap.

tetapi nanti apabila masanya tiba saya berjanji akan share disini cara membuat biskut untuk anda pembaca setia di blog usiamuda.com. kembali ke resepi, entri ini sebenarnya sudah lama saya simpan dalam draft. tetapi kerana saya sibuk akhirnya baharu hari ini saya terbitkan.

sebelum saya membuat kek minyak kukus ini, saya sempat tengok macam-macam resepi di majalah dan dapur kawan-kawan blogger. saya juga ada tengok dekat sebuah group resepi di facebook yang berkongsi macam-macam versi kek minyak ini.

ada kek minyak bakar dan ada juga kek minyak kukus , akhirnya saya cuba membuatkan kek minyak kukus sendiri dengan berbekalkan semangat untuk menyediakan makanan yang sedap untuk keluarga (suami dan anak-anak) tercinta.

sangat senang boleh melihat keluarga makan makanan yang kita sediakan dan membuatkan saya terringin terus menyediakan makanan yang sedap untuk mereka. pasti anda juga ingin melihat keluarga anda bahagia dengan makanan yang anda sediakan kan?

jangan bimbang anda boleh mengikut resepi yang saya kongsikan ini, jom kita cuba resepinya dibawah
Bahan-Bahan Kek Minyak Kukus

Bahan-Bahan

  • 5 Biji telur gred A
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovalatte
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • sedikit pewarna mengikut anda suka (saya gunakan biru, merah, kuning)
  • sedikit perisa yang anda sukai
  • 1 cawan minyak jagung (boleh gunakan minyak maska biasa)
Cara Membuat Kek Minyak Kukus


1. panaskan pengukus terlebih dahulu dan mula ayak tepung gandum bersama baking powder kemudian ketepikan. siapkan loyang dan lengserkan loyang dengan butter pada bahagian atasnya.

2. pukul putih telur (asingkan kuning telur) dan blend hingga kembang kemudian masukkan ovalatte, gula kastor dan blend lagi hingga kembang dan berana putih. siapkan bekas adunan dan tuangkan kedalam bekas tersebut. lepas tu masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati.
Kek Minyak Kukus

3. masukkan esen vanilla dan susu pekat, pukul lagi sekejap. masukkan perisa dan minyak jagung sambil terus dipukul hingga adunan rata. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan rata.

4. untuk membuat warna-warni agar semakin cantik, tuangkan adunan kedalam 3 bahagian warna dan berikan pewarna untuk setiap bahagian. tuangkan kedalam loyang bersaiz 8" dan corakkan warna mengikut kreaviti anda.
Resepi Kek Minyak Kukus Warna-Warni

5. bila air pada pengukus sudah mendidih barulah kukus adunan selama lebih kurang 1 jam. angkat dan potong-potong kemudian hidangkan.

tips agar membuat corak warna pada kek lebih cantik anda boleh gunakan lidi dengan cara tarik lidi dari bahagian tepi loyang ke bahagian tengah. resepi kek minyak kukus pelangi yang saya kongsikan ini akan memiliki corak yang cantik tergantung kretiviti anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search