banner here

Resepi Kek Pisang Kukus Blender Gebu dan Moist++

- Selasa, Mac 28, 2017
resepi kek pisang - apakah anda suka makan pisang? buah pisang mengandungi banyak nutrisi dan boleh dimakan terus tanpa melalui proses memasak. pisang merupakan buah yang istimewa kerana ianya boleh memberikan tenaga instant. oleh sebab itu banyak atlet sukan yang memakan buah pisang ini.

di samping menggemari kek saya juga penggemar buah-buahan sebab buah mengandungi vitamin C yang boleh menjaga daya tahan tubuh dari penyakit. saya suka epal, oren, mangga dan pisang. jadi bila anda ingin hidup sihat maka banyak-banyaklah makan buah.

buah pisang memang mengandungi banyak nutrisi tetapi anak saya bila saya suruh memakan pisang selalu tidak mahu. jadi saya selalu membuat kreativiti dengan membuatkan makanan yang sedap dengan bahan utama dari pisang.
Resepi Kek Pisang


Resepi Kek Pisang


saya teringat, resepi kek pisang kukus yang saya kongsikan ini awalnya saya tidak tahu cara membuatnya dan ada kawan di facebook yang kongsikan resepi kek ini. ada 2 versi yang kawan saya kongsikan iaitu resepi kek pisang bakar dan kukus. sebelum saya kongsikan resepi ini di blog, saya berjalan ke dapur-dapur kawan blogger dan sudah banyak juga yang share resepi ini. tetapi sebahagian besar mereka kongsikan yang versi bakar.

melihat gambar kek yang ditayang menjadikan saya lebih teringin untuk mencuba, lagi pulak bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah untuk didapati. kek ini juga sangat sesuai untuk anda yang sedang diet sebab rasa manis yang ada pada kek ini adalah berasal dari pisang bukan gula.

tadi malam saya buka email dan kawan namanya Irma Haliza yang bertanya "kenapa resepi yang anda kongsikan menggunakan sukatan gram, bolehkah menggunakan sukatan cawan sahaja supaya lebih mudah?" sudah pasti boleh dan resepi kek pisang ini saya akan menggunakan sukatan cawan sahaja.

saya memang penggemar kek pisang seperti mana saya menggemari kek coklat kukus atau kek batik, saya. resepi ini sangat mudah dan cepat sebab resepi ini blend sahaja semua kemudian kukus. tak payah mixer. lagipun kek pisang ini bagus untuk anak-anak.

resepi ini akan lebih sedap bila menggunakan pisang yang betul-betul sudah masak harum manis. kalau korang rasa nak cuba yang tanpa telur memang terasa perbezaan kejadian kek itu nanti. jom kita layan resepinya dibawah.

Bahan-Bahan
Pisang Emas


  • 5 biji pisang emas - lecek
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk esen vanilla
  • secubit garam
Bahan Ayak
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
Cara Membuat Kek pisang
Cara Membuat Kek Pisang

1. panaskan pengukus terlebih dahulu kemudia siapkan loyang dan lenserkan mentega pada loyang dan ketepikan.

2. putar secubit garam, gula, minyak, dan telur selama lebih kurang 5 minit atau hingga kembang berwarna putih. kemudian masukkan pisang yang sudah di lecek tadi dan kacau hingga rata.

3. masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama soda bikarbonat, dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. kemudian masukkan esen vanilla dan gaul hingga sebati.

4. akhir sekali, bila air papda pengukus sudah mendidih barulah tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak. 

resepi kek pisang kukus ini ianya memang gebu, moist dan rasa kemanisanya sangat sesuai dengan selera saya. saiz kek ini juga sesuai untuk hidangan keluarga yang kecil. bila artikel ini bermanfaat anda boleh kongsikan kepada rakan atau keluarga anda. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search