banner here

Resepi Kek Span Vanilla Kukus Gebu dan Mudah++

- Khamis, Mac 30, 2017
Resepi Kek Span Vanilla - bila korang tanya kek apa yang paling ringan dan mudah dalam penyediaanya? saya akan jawab kek span vanilla, kenapa saya jawab kek ini, sebab bahan-bahan yang digunakan sedikit dan mudah untuk diperoleh.

saya sudah banyak membuat pelbagai macam resipi kek tapi saya lebih suka membuat kek yang simple dan mudah kerana tidak memakan masa yang lama untuk membuatnya. resepi ini juga boleh sebagai rujukkan bagi anda yang ingin belajar cara membuat kek.

saya sebenarnya telah lama tidak membuat kek ini. tapi semalam lepas anak saya berkata dia ingin memakan kek span. walau saya sebenarnya telah lupa bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakanya. demi anak saya tercinta apa jua mesti saya lakukan.
Resepi Kek Span Vanilla

Resepi Kek Span Vanilla


saya mula mencari resepi kek span di group masakan dan dapur kawan blogger kemudian saya catat dan saya bandingkan. manakah kek yang mengikut saya lebih sedap. setelah saya bandingkan saya ubah sesuaikan bahan dengan kreativiti dan akhirnya hari ini saya dapat berkongsi kepada anda.

saya teringat, pernah ada e-mel yang mengundang saya untuk ikut membantu membuka kelas memasak. tapi, sepertinya e-mel tersebut salah objek. sebab saya bukanlah chef. saya hanya ibu dari 1 kanak-kanak yang berkongsi resepi masakan apapun di blog sederhana ini.

resepi yang saya kongsikan di blog ini adalah resepi yang pernah saya buat dan juga saya ambil dari majalah yang telah saya ubah sesuaikan mengikut kretiviti saya sendiri. kembali ke resepi, kek span vanilla sangat dekat dihati saya, biasanya saya akan mencicipi kek ini untuk minum petang.

saya teringat dahulu sebelum saya berkahwin saya sangat tidak pandai membuat kek tapi saya terus belajar dan belajar sampai akahirnya saya berjaya membuat kek. banyak resepi kek sudah saya cuba seperti kek coklat kukus dan resepi cheese kek.


tapi yang paling sukar adalah membuat kek batik. lama sangat tidak pernah menjadi. almaklumlah dahulu saya kurang ilmu dan pembacaan. tapi sekarang anda tidak perlu bersusah payah seperti saya sebab internet telah menjadi popular dan banyak blogger yang ikhlas menyumbang tips dan cara membuat resepi apapun.

macam-macam cara sebenarnya membuat kek span vanilla ini ada yang pukul gula, telur ovalatte dulu, kemudian baru kaup balik tepungnya dan minyak. ada yang masuk semua bahan dan mix sekali. bila kita tidak biasa membuat kita jadi tak confident.

tapi, saya percaya semua resepi yang dikongsikan di majalah, group resepi atau dapur blogger semuanya akan menjadi sedap bila tepat dalam penyediaanya. jom kita mula resepinya dibawah :

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovalatte
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil ektrak vanilla
  • pewarna - mngikut anda suka
Cara Membuat Kek Span Vanilla

1. panaskan oven selama 10 minit dengan api atas bawah. siapkan loyang dan lenserkan mentega pada loyang. 

2. masukkan tepung gandum, gula, telur, ovalatte, baking powder kedalam bekas adunan. kemudian putar hingga sebati tapi jangan sampai menjadi terlalu kembang. saya biasanya putar selama 5 minit.
Resepi Kek Span Vanilla

2. sambil putar perlahan masukkan ekstrak vanilla bersama air dan pewarna kemudian putar lagi selama 5 minit hingga sebati.

3. hentikan pemutar, kemudian masukkan minyak jagung dan gaul dengan menggunakan kaedah kaup balik menggunakan senduk hingga sebati.

4. tuangkan adunan kedalam loyang yang sudah dilenserkan dengan mentega tadi. ingat kek ini akan sangat naik jadi tuangkan 3/4 loyang sahaja.

5. akhir sekali, bakar selama 50 minit atau hingga masak, bila ingin tahu sudah masak anda boleh gunakan lidi dan cucuk bahagian tengah kek. 

Resepi Kek Span

bila semasa membakar naiknya terlalu tinggi sehingga nak mencecah atap oven anda boleh guna api bawah sahaja. resepi kek span vanilla ini sangat lembut dan gebu. tidak hairan bila kek ini banyak digemari oleh ramai orang. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search