banner here

Resepi Apam Pisang Kukus Tanpa Telur Sedap++

- Jumaat, April 14, 2017
Apabila bercakap tentang pisang memang tiada habisnya, salah satu buah yang sangat digemari oleh semua orang kerana rasanya yang manis dan sedap. pisang juga boleh memberikan tenaga instant. untuk orang yang sedang diet pisang boleh dijadikan menu utama kerana mengandungi sedikit kalori yang membuat tubuh menjadi gemuk.

memang sedaplah makanan yang berasaskan pisang, sebelumnya saya juga sudah berkongsi resepi yang berasaskan pisang seperti kek pisang kukus blender dan hari ini saya ingin berkongsi resepi apam pisang kukus tanpa telur. ramai orang yang menggemari apam pisang sebab rasanya yang gebu dan sedap juga sangat nudah dibuat.
Resepi Apam Pisang Kukus Tanpa Telur

Resepi Apam Pisang


saya memang menggemari apam pisang ini dan seingat saya masa kecil dahulu suka membantu mak membuat kek ini, saya tahu cara buat apam pisang dari mak saya dan ketika beliau membuat kek ini tidak pernah bubuh telur dan minyak.

mak sering menjadikan apam pisang untuk sarapan dan minum petang kami sekeluarga, biasanya sebelum kami bangun pagi mak sudah siap potong dan hidangkan di meja. apabila membuatkan resepi apam pisang kukus ini saya tidak bubuh gula lebih sebab rasa pisang ini sudah manis.

yang paling saya suka adalah rasanya lebih padat dan sedap dan sangat berbeza dengan apam pisang yang menggunakan telur. sangat mudah dan cepat sahaja buatnya. apabila anda vegetarian resepi apam pisang kukus tanpa telur ini patut anda cuba.. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 1 cawan pisang lemak manis - lecek halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan gula perang
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • secubit garam
Cara Penyediaan

1. panaskan pengukus, sementara itu ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi kedalam mangkuk besar

2. selepas itu masukkan pisang yang sudah dilecek tadi bersama gula dan secubit garam kemudian kacau sekejap.

3. masukan minyak jagung dan kacau lagi hingga sebati, siapkan loyang dan masukkan adunan tadi kedalam loyang.

4. akhir sekali, apabila air pada pengukus sudah mendidih kukus adunan selama lebih kurang 30 minit menggunakan api sederhana..
Apam Pisang Kukus

memang sedap betul apam pisang kukus ini dan biasanya saya sering menyediakanya sebagai menu berbuka puasa apabila bulan puasa, apabila resepi bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search