banner here

Resepi Apom Lenggang Sedap dan Mudah++

- Jumaat, April 07, 2017
Resepi Apam Lenggang - Hari sabtu atau weekend adalah hari yang sangat menggembirakan untuk saya. selepas hari Isnin hingga Jumaat suami sibuk bekerja dan di hari sabtu ini biasanya saya dan keluarga berkumpul di rumah. suami berkata dahulu beliau suka dengan makanan tradisional yang ibu dia sediakan. tapi zaman sekarang telah jarang orang yang membuat makanan tradisional. mungkin orang zaman sekarang tidak tahu resepi makanan zaman dahulu.

di tengah perbualan saya dan suami tiba-tiba beliau meminta saya untuk membuatkan apam lenggang. beliau memang peminat apam sama seperti beliau menggemari makanan tradisional lainnya.
Resepi Apom Lenggang

Resepi Apom Lenggang


nasib baik, sebab saya dahulu pernah belajar cara membuat apom ini dari ibu saya sendiri. tidak lupa saya juga mencatatkan bahan-bahan yang digunakan. memang inilah tabiat saya untuk selalu mencatatkan resepi yang pernah saya pelajari dan bila saya ingin membuatnya maka hanya membuka buku nota saya tersebut.
Resepi Apom Lenggang

apom ini memang sangat sedap dan apabila anda pernah memakan apom pada masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ini. cara untuk membuatnya pun mudah dan senang sahaja.. tetapi ada 3 resepi yang saya tahu iaitu menggunakan ragi dan menggunakan nasi. dan ada jugak yang tidak menggunakan nasi dan ragi sebab sudah gunakan tepung beras.

apabila anda ingin mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu anda harus menggunakan nasi sejuk. resepi yang saya kongsikan ini sangat mudah dan simple kerana tidak payah menyediakan bahan-bahan pun.

apom lenggang sangat sesuai untuk anda yang ingin berjimat kerana boleh bekal anak-anak bersekolah. pada masa pertama kali anak saya memakan apom ini. awalnya dia hairan makanan apa yang saya sediakan ini, tapi selepas dia cuba memakanya. dia meminta lagi dan lagi. malah, daripada cara anak saya makan saya telah tahu dia sangat menggemari apom lenggang. besok saya akan membuatkan apom lenggang untuk bekal dia ke sekolah.

sebenarnya, sudah banyak yang kongsikan resepi ini di google. tetapi kebanyakan resepi apam lenggang ini tak bagi tepat sukatan air dan santan semua suruh agak-agak sahaja kan, susah ingin buat bagi yang tak pandai..tapi resepi yang saya kongsikan ini sudah saya bagi sukatan tepat. jom kita layan resepinya dibawah

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar gula
  • 3/4 cawan air suam
  • 2 sudu makan yis kering
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
Cara Membuat Apam Lenggang

1. satukan tepung beras, gula, yis, air suam, dan sedikit garam kemudian kacau hingga sebati. tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.

2. masukkan santan pekat dan telur kemudian kacau hingga rata. 

3. panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak. kemudian tuangkan 1 senduk adunan apom dan lenggangkan kuali hingga apom menjadi bulat sekata. masak apom hingga masak atau warna menjadi kekuningan dan garing dibahagian tepi.
Resepi Apom Lenggang

4. akhir sekali, angkat kemudian di gulung.
Resepi Apom Lenggang

resepi apom lenggang ini paling sedap bila disediakan bersama sambal ikan bilis atau apa sahaja yang anda suka, bila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda dan selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search