banner here

Resepi Biskut Buah Kana Sedap++

- Khamis, April 13, 2017
Hari ini selepas menyediakan sarapan saya tiba-tiba teringat masa kanak-kanak, aduhai dahulu ketika masih budak-budak saya sangat gembira dan tidak pernah memikirkan apa-apa kecuali bermain. apabila ingin wang maka hanya minta saja pada mak.

sangat berbeza dengan sekarang kerana saya sudah dewasa dan sudah berkahwin harus boleh menyediakan apa-apa sendiri. dahulu apabila dirumah mak saya suka membuat biskut buah kana dan inilah antara biskut yang saya suka, tetapi biskut ini pada masa sekarang sangat sukar dicari.
Resepi Biskut Buah Kana

Resepi Biskut Buah Kana


apabila anda sampai membaca artikel ini pastilah anda sama seperti saya, kan? tenang sahaja jangan bimbang sebab hari ini saya ingin berkongsi resepi biskut buah kana yang sangat mudah disediakan ini. biskut ini memang popular semasa kita kecil dan saya harap resepi ini boleh kembalikan nostalgia kesedapan buah kana ini.

dari tahun lepas lagi, ramai yang sudah tahu dan biasa makan biskut ini kan, bahkan sudah banyak yang kongsikan resepi ini kat internet seperti group masakan, atau dapur kawan blogger. memang semuanya sedap tetapi cuma kurang menepati citarasa saya.

saya sudah biasa makan biskut kana buatan mak dan ketika saya cuba buat sendiri dengan ikut resepi yang ada di internet rasa macam tidak puas hati. selepas saya cuba buat sendiri dan tidak puas hati saya cuba minta petua dari mak dan resepi yang mak saya punya memang lain sikit.

selepas saya cuba resepi dari mak. aduhaii inilah biskut yang saya inginkan.. citarasa sangat menepati saya, juga resepi ini menggunakan sukatan cawan jadi lebih mudah. jom kitalayan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula kastor - kisar halus (boleh guna gula aising tetapi lebihkan sedikit sukatannya)
  • 1/2 cawan butter
  • jem secukupnya
Cara Membuat Biskut Buah Kana

1. ayak tepung gandum bersama baking powder, tepung kastard, tepung penaik, kemudian ketepikan sekejap

2. sementara itu, pukul telur bersama gula dan mentega hingga sebati dan apabila sudah sebati masukkan vanilla, kacau hingga rata..

3. masukan tepung yang sudah diayak tadi dan uli perlahan hingga membentuk doh. kemudian siapkan acuan buah kana.. ambil sedikit adunan tadi dan tekan kedalam acuan.
Acuan Biskut Buah Kana

4. ketukkan acuan dan susunkan biskut kedalam dulang pembakar yang sudah dilenserkan butter. akhir sekali, bakar pada suhu 180"C selama lebih kurang 25 minit.

5. apabila sudah masak sapukan jem yang sudah anda persiapkan.. pada biskut yang masih panas supaya ianya melekat sempurna dan cepat kering.

Biskut Buah Kana

resepi biskut buah kana ini memang sedap teksturnya yang tidak keras dan apabila anda gunakan gula aising ianya akan cair dimulut. dahulu saat mak saya buat rasa pun macam-macam dan semuanya sedap. apabila resepi ini bermanfaat sila share dan selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search