banner here

Resepi Biskut Butterscotch Crispy++

- Selasa, April 11, 2017
Apa anda penggemar biskut Butterscotch? apabila iya, anda ada di artikel yang betul kerana saya akan kongsikan resepi biskut butterscotch. ramai orang menggemari biskut ini kerana rasanya yang rangup dan crispy sesuai untuk dihidangkan sebagai menu hari raya.

saya memang penggemar biskut butterscotch seperti saya menggemari biskut nestum dan biskut dahlia susu. sebenarnya, saya lebih suka membuat kek berbanding biskut kerana lebih mudah, tetapi kerana saya memang kerap membuat kek sehingga anak-anak bosan apabila memakan kek. daripada membazir kek yang saya buat tidak ada yang makan saya lebih memilih buat biskut.

apabila saya ingin makan biskut butterscotch ini saya membeli sos di supermaket tetapi memang lebih senang buat sendiri. walaupun payah mesti membuat sos butterscotch di awal-awal. yang paling saya suka dari biskut ini adalah rasanya yang rangup sebab dianya tidak guna telur.
Resepi Biskut Butterscotch

sangat sesuai apabila buat minum petang atau menu sediaan untuk tetamu, biskut ini rangup dan crispy tetapi tidak keras dan boleh dikatan inilah biskut paling sihat kerana rasa kemanisanya sedang-sedang sahaja dan guna bahan sihat macam oats, nestum, dan rice crispies.

saya teringat, pertama kali saya cuba biskut ini adalah semasa belajar di kolej saya pergi jalan-jalan ke rumah kawan di Kelantan. kawan saya menyediakan biskut butterscocth, memang sedap dan rangup biskut ini. saya pun meminta kawan saya untuk mengajarkan cara buat biskut butterscotch.

terima kasih Vira (nama kawan saya) kerana kamu saya boleh buat biskut yang sedap ini dan hari ini anda pun boleh buat biskut ini dengan tengok resepi yang akan saya kongsikan, jom kita layan resepinya dibawah...

sumber : http://zachoes.blogspot.co.id

Bahan Butterscotch Crispies Cookies


  • 1/2C @ 60g butter, lembutkan
  • 1/8C @ 20g gula pasir, kisar halus - ku guna 15g
  • 3/8C @ 40g gula perang
  • 1/8C + 2sb @ 45g sos butterscotch
  • 1/2st esen vanila - boleh ganti esen butterscotch
  • 1 biji telur Gred C @ D
  • 1/2C + 1/8C @ 75g tepung gandum
  • 1/4st baking powder
  • 1/4st baking soda
  • 1C nestum
  • 1/4C rice crispies@bubble rice
  • 1/4C quaker oats
  • 50g white choc chips@ white choc dicincang kecil


Cara-Cara

1. pukul gula perang, butter, gula pasir, esen vanilla, dan sos butterscotch hingga gebu kemudian masukkan telur dan pukul kembali.

2. ayak tepung gandum, baking powder, dan baking soda pada bekas lain. kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi kedalam adunan butter dan gaul hingga sebati menggunakan lowest speed.

3. masukkan nestum, rice crispies, white choc chips dan gaul lagi hingga rata. apabila adunan lembik boleh tambahkan oats atau tepung gandum.

4. siapkan loyang kemudian alaskan dengan baking paper pada loyang dan ambil sesudu adunan kemudian letakkan sambil dibulatkan pada loyang. adunan jangan terlalu rapat sebab ianya akan kembang semasa dibakar.

5. bakar dalam oven bersuhu 150"C selama lebih kurang 15 minit atau hingga tepi biskut kelihatan perang, jangan terlebih bakar sebab biskut ini mudah hangus. angkat dan sejukkan sekejap kemudian boleh simpan pad abekas kedap udara.

Bahan Sauce Butterscotch
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 st esen vanilla
  • 60 gram butter
  • 1/2 cawan non-dairy whipping cream
Cara-Cara
Resepi Biskut Butterscotch Sauce

1. cairkan butter pada periuk menggunakan api kecil, lepas tu masukkan cream dan gula perang. kemudian kacau menggunakan whisk hingga adunan berbuih-buih kecil.

2. tutup api kemudian masukkan esen vanilla kemudian angkatb dan biarkan sejuk. semasa disejukkan sos akan sejuk sendiri.

apabila resepi ini bermanfaat sila kongsikan kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search