banner here

Resepi Biskut Dahlia Susu Gebu dan Sedap++

- Rabu, April 05, 2017
Resepi Biskut Dahlia Susu - 2 bulan lagi hari raya Aidil Fitri tiba dan tidak dapat menafikan mood raya memang sudah semakin menebal dalam diri masing-masing. bagi saya hari raya adalah hari kuih muih. sebab setiap hari raya pasti sibuk membuat aneka kuih muih sendiri di rumah.

sebenarnya, boleh membeli di kedai-kedai penjual kuih. tetapi saya ingin berjimat dan apabila membuat sendiri bahan-bahan yang digunakan lebih sihat tanpa bahan pengawet makanan. percaya tak, banyak penjual kuih menambah bahan bahan pengawet makanan ketika membuat kuih yang dijual, sebab bila tidak ditambah bahan tersebut ianya tidak boleh tahan lama. tetapi, apabila kita kerap memakan bahan bahan pengawet makanan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Resepi Biskut Dahlia Susu

Resepi Biskut Dahlia Susu


kembali ke resepi, sebenarnya nama asalnya biskut ini adalah semperit dahlia dan inovasi baru adalah biskut dahlia susu. lebih cantik, lebih rangup, lebih rasa susu, dan berwarna-warni. tetapi yang paling utama adalah resepi ini sangat mudah dan simple.

sudah lama resepi ini saya simpan dalam draf dan akan saya kongsikan kepada pembaca blog ini apabila hari raya sudah dekat. hihihi ... saya harap kita semua dapat merayakan hari raya tahun 2017 ini tanpa ada masalah. aamiin ...

saya ingin bercerita sedikit, saya membuat blog usiamuda.com bukan sekadar blog bertukar pandangan tentang resepi-resepi baru dan dunia masakan. tetapi, juga sebagai kawan saya apabila saya saja sendiri dirumah sebab suami sibuk bekerja dan anak-anak harus sekolah.

apabila saya menulis di blog ini saya merasa mempunyai kawan untuk bercerita. saya berharap semoga saya dan anda terus dibekalkan kesihatan supaya kita boleh bertemu lagi di entry seterusnya. jom kita layan resepi biskut dahlia susu dibawah

Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan mentega
  • 2 titik esen vanilla
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 2 titik pewarna - mengikut anda suka
  • hirisan buah ceri untuk hiasan
Cara Membuat Biskut Dahlia Susu
Resepi Biskut Dahlia Susu

1. campurkan mentega, esen vanilla, dan susu pekat kedalam bekas adunan kemudian kacau hingga sebati. apabila sudah sebati masukkan pewarna yang anda suka dan kacau hingga rata.

2. masukkan tepung beras kemudian gaul hingga rata. masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil terus digaul (gaul menggunakan tangan ye, senang sikit) hingga menjadi adunan yang lembut. 


3. bila sudah siap uli, boleh buat semperit. guna acuan semperit pecah 15 supaya lebih cantik. caranya masukkan sedikit kat hujung munchung semperit kemudian tekan sedikit bagi rata keluar angin dulu. lepas tu hiasakan dengan hirisan buah ceri.
Biskut Dahlia Susu

4. akhir sekali, bakar pada oven bersuhu 165" C selama lebih kurang 25 minit atau hingga masak. tips supaya tahu sudah masak adalah caranya apabila kita tolak dia mudah tertanggal..

resepi biskut dahlia susu yang saya kongsikan ini boleh buat lebih kurang 35 biji biskut dan sedikit tips supaya bunga dahlia susu tidak rebah adalah dengan masukkan doh kedalam peti ais selama 30 minit sebelum di terap menggunakan semperit.
Biskut Dahlia Susu

atau rehatkan biskut yang sudah diterap selama 30 minit sebelum dibakar dalam oven. sila share kepada kawan atau keluarga apabila resepi ini bermanfaat. selamt mencuba!

 

Start typing and press Enter to search