banner here

Resepi Biskut Mazola Gebu Sukatan Cawan++

- Khamis, April 06, 2017
Resepi Biksut Mazola - Mula hari ini hingga hari berikutnya saya akan kongsikan banyak resepi kuih raya kerana beberapa bulan lagi bulan ramadhan tiba dan pasti lah ramai orang yang ingin mencuba membuat kuih muih. biskut mazola merupakan salah satu kegemaran saya dan keluarga disebabkan rasanya yang gebu dimulut dan lapisan luaran yang rangup..

sebenarnya, biskut ini mempunyai nama lain iaitu biskut kacang tanah, tetapi saya lebih suka menggunakan nama biskut mazola kerana lebih simple. biskut ini banyak dijual di kedai-kedai dan harganya tidak mahal, sangat berbeza dengan kek yang harganya sangat mahal..
Resepi Biskut Mazola

Resepi Biskut Mazola


yang membuatkan biskut ini sedap adalah rasa kacang tanah yang sangat lazat di lidah. saya sendiri sangat menggemari biskut ini dan bila hari raya tiba saya pasti menyediakan biskut mazola ini. biskut mazola sangat popular bila hari raya tiba dan saya tidak tahu sejak kapan biskut ini mula popular pada masyarakat Malaysia.

selain daripada untuk disediakan bila masa hari raya, biskut ini juga sangat sesuai disediakan untuk tetamu, biskut mesra tetamu katanya... biskut mazola ini memang evergreen dan sejak zaman saya masih kanak-kanak lagi menjadi biskut kegemaran.

permulaan saya berkongsi resipi ini adalah kemarin saya bercuti dan bersantai di rumah bersama anak-anak dan anak-anak meminta saya untuk membuatkan biskut. saya bimbang biskut macam mana yang perlu saya sediakan, saya tengok di dalam buku nota resepi yang saya tulis dahulu dan akhirnya pilihan saya kepada biskut mazola ini.
Resepi Biskut Mazola

saya cuba tengok bahan-bahan di dapur, semuanya ada kecuali kacang tanah dan saya pun terus pergi untuk membeli kacang tanah. akhirnya, bahan-bahan sudah penuh.. pasti anda juga ingin segera mencubanyakan kan?

jom kita layan resepi biskut mazola dibawah :

Bahan-Bahan

  • 4 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar
  • 3 cawan gula halus
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak mazola secukupnya - untuk menguli
  • kuning telur - untuk hiasan disapukan pada biskut sebelum dibakar
Cara Membuat Biskut Mazola


1. campurkan semua bahan kedalam bekas kecuali minyak mazola dan kuning telur. kemudian gaul hingga rata.

2. lepas tu masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit kedalam adunan dan sambil terus menguli. uli adunan hingga rata.

3. apabila sudah rata bentuk bulat-bulatkan adunan atau sesuai bentuk kreativiti anda menjadi beberapa bahagian dan sapukan kuning telur diatas biskut yang sudah dibentuk bulat tadi.
Resepi Biskut Mazola

4. akhir sekali, bakar biskut didalam oven bersuhu 170"C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. apabila sudah masak sejukkan sekejap dan hidangkan..

supaya biskut mazola ini boleh tahan lama simpan didalam bekas kedap udara dan apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda.. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search