banner here

Resepi Biskut Nestum Rangup Paling Sedap++

- Ahad, April 02, 2017
Resepi Biskut Nestum - tidak terasa hari raya sekejap lagi tiba, tepat 3 bulan lagi sejak artikel ini saya tulis. selepas 11 bulan kita menunggu akhirnya bulan puasa tiba. bulan penuh berkat dan bulan kemenangan untuk umat islam di seluruh dunia.

yang paling saya suka bila masa hari raya adalah banyak orang ramaikan hari raya dengan kuih muih dan biskut raya. bahkan ada orang berkata bila masa hari raya tiba tidak sah rayakan tanpa biskut dan kuih dan hari ini saya ingin berkongsi resepi biskut nestum rangup salah satu menu wajib di hari raya.

biasanya kita malas menyediakan biskut ini di hari-hari biasa. tetapi, bila hari raya tiba banyak orang yang membuat biskut ini. banyak group masakan dan dapur blogger yang kongsikan biskut nestum dan carian di google juga akan meningkat bila masa hari raya.
Resepi Biskut Nestum

Resepi Biskut Nestum


saya sendiri dan keluarga adalah penggemar biskut nestum sama seperti saya menggemari biskut kacang tanah, biskut semperit, dan biskut jejari roti. sementara anak-anak lebih menggemari biskut lidah kucing. mungkin kerana ianya lebih cantik sebab warna-warni macam pelangi.

resepi biskut nestum yang saya kongsikan ini sungguh sangat rangup dan bila sudah makan sebiji pasti akan ingin lagi dan lagi, biskut ini memang sudah mejadi kegemaran masyarakat Malaysia dihari raya, seperti hari raya Aidil Fitri yang akan tiba ini.

bila anda ingin save budget untuk sekolah anak-anak, boleh lah bawakan biskut ini untuk bekalan anak-anak dan bila masa rehat boleh dimakan nanti. saya teringat dahulu ketika masih sekolah, kerana untuk save budget sekolah aku akan bawa ini ke sekolah.

selain biskut ini, biasanya saya juga membawa makanan lain macam roti telur dan roti gulung inti sardin sebab makanan tersebut mudah untuk disediakan dan bahan-bahan nya pun muda untuk didapati.

kembali ke resepi, rasa bijirin nestum tu memang sedap di dalam biskut dan juga diluar biskut, sangat best bila sudah dibakar biskut ini dan memang menjadi pilihan tepat menggunakan bijirin nestum. jom kita layan resepinya dibawah :

Bahan-Bahan A

  • 1 Cawan bijirin nestum original - tak perlu dikisar
  • 1 cawan bijirin nestum - kisar halus
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 TSP serbuk penaik - ayak
Bahan- Bahan B
  • 125 Gram Mentega
  • 1 Biji telur Gred A
  • 1 TSP esen Vanilla
  • 1/2 cawan gula kastor - boleh kurangkan bila tidak suka manis
Bahan Hiasan
  • Buah Ceri - potong kecil
  • Bijirin nestum secukupnya - letak dalam pinggan
Cara Membuat Biskut Nestum

1. siapkan bekas atau pinggan kemudian campurkan semua bahan A kedalam bekas tersebut dan ketepikan sekejap. didalam mangkuk pengadun, pukul mentega dengan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur dan esen vanilla, pukul kembali hingga sebati.


2. campurkan bahan A dengan kedalam bahan adunan tadi kemudian uli hingga membentuk adunan doh yang lembut. balut doh dengan plastik pembalut dan simpan doh tersebut dalam peti ais selama lebih kurang 25 minit.

3. keluarkan adunan dalam peti ais dan bentuk bulat-bulatkan menjadi bebola. lepas itu golekkan bebola tadi kedalam pinggan berisi bijirin nestum. kemudian siapkan loyang dan alas loyang tersebut dengan kertas kalis minyak.
Resepi Biskut Nestum

4. agar lebih cantik tekan bebolah tadi dengan senduk atau garfu supaya leper sedikit dan tekankan buah ceri di tengah-tengah .

5. akhir sekali, bakar biskut ke dalam oven bersuhu 175"C selama kurang lebih 25 minit atau hingga masak. biasanya tanda biskut sudah masak adalah warna biskut bertukar menjadi perang.
Resepi Biskut Nestum

bila resepi ini bermanfaat sila kongsikan resepi biskut nestum ini kepada rakan atau keluarga anda dan biskut ini memang sedap tapi akan lebih sedap bila anda nak buat sendiri. selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search