banner here

Resepi Biskut Suji Sukatan Cawan Mudah++

- Selasa, April 25, 2017
Resepi Biskut Suji ini adalah biskut yang biasanya saya buat masa masa hari raya tiba. 2 hari sebelum hari raya pasti lah saya menyediakan biskut seperti biskut mazola, biskut buah kana dan juga biskut butterscotch.

Hari raya adalah hari istimewa yang hanya tiba dalam satu tahun sekali jadi mesti lah kita betul-betul ikut merayakan hari tersebut. sebagai suri rumah kita lah yang wajib menyediakan makanan untuk semua keluarga kerana memasak bukan sekadar kewajiban tetapi sebagai bentuk cinta kita kepada keluarga.
Resepi Biskut Suji Asli

Resepi Biskut Suji


mungkin sudah 1 minggu saya tak kongsi resepi lagi di blog ini kerana saya malas untuk menulis. tetapi hari ini entah kenapa jari tangan saya gatal untuk segera membuka laptop. saya memang penggemar makanan tradisional, sebab makanan tradisional boleh mengingatkan saya akan masa-masa kecil dulu.

yang paling saya suka dari biskut suji ini adalah rasa dan bau minyak sapi apabila saya makan dan menyebabkan saya ingin kongsikan resepi ini kepada anda. memang semasa saya kecil biskut suji adalah kegemaran selain biskut semperit, tart nenas, dan biskut kelapa.

sebagai generasi yang sudah merasakan biskut ini saya ingin generasi penerus di masa hadapan jugak boleh merasakan kesedapan biskut ini. untuk itulah saya merasa bersalah apabila saya tidak share ilmu yang sudah saya pelajari dahulu. sebab apabila tak ada yang share ilmu dari masa ke masa biskut tradisional macam biskut suji akan hilang.

biskut suji ada bermacam-macam jenis dan bentuknya, antaranya adalah biskut suji pelangi, suji Crystal, suji asli, dan suji susu. bagi saya, semuanya sedap dan sangat sesuai untuk disediakan sebagai menu biskut raya tahun ini.
Resepi Biskut Suji Pelangi

apabila anda ingin mencuba buat biskut ini jom tengok resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan tepung suji
  • 1 cawan gula aising
  • 1 1/2 cawan minyak sapi
  • 30 gm susu tepung
  • ceri merah - untuk hiasan
  • sedikit garam
  • cawan kertas secukupnya
Cara Membuat Biskut Suji

1.  pukul gula dan minyak sapi hingga kembang, minyak sapi dalam bahasa inggris dipanggil Ghee. kemudian masukkan tepung suji bersama tepung gandum, tepung susu, dan sedikit garam. lepas tu adunkan hingga membentuk doh yang lembut, rehatkan 15 minit.

2. siapkan cawan kertas kemudian bentuk adunan menjadi bulat dan masukkan kedalam cawan kertas tadi. ulangi proses hingga semua adunan habis.

3. letakkan ceri yang sudah dihiris kecil diatasnya sebagai hiasana supaya ianya nampak lebih cantik. boleh guna ceri merah, kuning, atau hijau.

4. akhir sekali, bakar biskut kedalam oven pada suhu 150"C selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak. angkat dan sejukkan sekejap kemudian siap untuk dihidangkan.
Resepi Biskut Suji

nampak mudah dan ringkas sahaja resepi biskut suji ini kan? saya suka membuat makanan yang bahannya tak terlalu banyak macam biskut ini. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search