banner here

Resepi Kuih Batang Buruk Asli Mudah++

- Rabu, April 26, 2017
Resepi kuih batang buruk adalah salah satu kuih kegemaran saya time hari raya, sudah lama saya tidak berkongsi kuih dan hari ini kebetulan saya sedang cuti jadi boleh kongsikan resepi lagi di blog ini, bulan puasa 1 bulan lagi tiba apa anda sudah ada rancangan untuk membuat kuih raya?

bagi anda yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya boleh ikut cuba resepi yang saya kongsikan ini. sebenarnya sudah lama saya mencari resepi ini, sebab dulu saya teringat pernah menulis resepi batang buruk di buku catatan.

Rupa-rupanya resepi ini saya dapati pada buku yang saya simpan paling bawah, aduhaiii gembira lah hati ini dan hari itu juga saya cuba buat batang buruk. kuih ini adalah salah satu antara kuih raya yang paling digemari dan diminati oleh semua orang.
Resepi Kuih Batang Buruk

Resepi Batang Buruk


saya sangat suka kuih ini sebab rasanya rangup dan manis kacang hijau menambah seri saya menggemari kuih ini. kuih ini memiliki warna putih dan di salut dengan serbuk manis mungkin itulah sebab ianya digemari oleh semua orag kerana tampilan yang cantik.

sebenarnya, sudah ramai yang berkongsi resepi ini tetapi terfikir kerana blog saya ini sudah beberapa hari tak update. akhirnya saya putuskan untuk kongsikan resepi ini sahaja, mungkin boleh memberi manfaat kepada pembaca blog saya ini.

banyak macam versi batang buruk ada versi kacang tanah, versi kacang hijau, dan versi modern memakai kulit popia.  semuanya sedap dan rangup tetapi saya lebih menggemari versi tradisional, mungkin kegemaran saya dan anda berbeza kerana setiap orang mesti berlainan. jom kita layan resepinya dibawah..
Kuih Batang Buruk

Bahan-Bahan

  • 400 gm tepung gandum
  • 2 camb tepung beras
  • 4 camb marjerin
  • 2 camt serbuk penaik
  • 200 gm kelapa parut putih - goreng keperangan, biar sejuk kemudian kisar halus
  • 1 biji telur - dipukul
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
Bahan Inti
  • 200 gm kacang hijau
  • 180 gula kaster
  • (goreng kacang hijau tanpa minyak hingga harum kemudian kisar dengan gula halus, ketepikan)
Cara Membuat Kuih Batang Buruk


1. siapkan bekas sesuai kemudian campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk penaik, garam, telur, kelapa parut goreng, dan marjerin kemudian gaul hingga sebati.

2. selepas itu tuangkan air secukupnya dan uli hingga membentuk doh kemudian tutup menggunakan kain lembab dan biarkan selama 30 minit.

3. ambil doh sedikit kemudian canai hingga nipis kemudian potong dengan saiz panjang 3 - 4 cm dan lebar 2 cm. lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan.

4. doh mesti agak keras supaya gulungan tadi kekal bentuknya, kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kuih berwarna keemasan.

5. akhir sekali, bila kuih sudah agak sejuk sumbat dengan inti kacang hijau.
Resepi Kuih Batang Buruk

bagi saya resepi kuih batang buruk adalah salah satu antara kuih raya yang sangat mudah untuk disediakan, memang agak sukar apabila anda baru belajar membuat kuih. oke, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search