banner here

Resepi Kuih Dorayaki Doraemon Simple++

- Isnin, April 10, 2017
Siapa suka tengok kartun doraemon? saya tidak tahu sejak kapan kartun dari Jepun ini mula tayang di televisyen malaysia. tetapi anak-anak zaman dahulu hingga sekarang pasti lah tahu tentang seekor robot kucing yang punya banyak peralatan di dalam poket magiknya.

doraemon adalah robot yang baik dan selalu menolong nobita apabila nobita berbuat nakal. doraemon katanya adalah robot kucing tetapi tidak berbentuk kucing. hihihi makanan kegemaran dia adalah dorayaki .. macam mana kuih dorayaki ini?

dorayaki berbentuk pusingan dan leper dan hampir serupa seperti pinggan juga berwarna coklat, apabila saya ingat doraemon sentiasa memakan dorayaki ini. saya memang penggemar doraemon sebab semasa saya kecil suka tengok kartun ini. tetapi saya lebih menggemari dorayaki sebab rasanya memang sedap dan senang sahaja membuatnya.
Resepi Kuih Dorayaki

Resepi Kuih Dorayaki


sebenarnya dorayaki adalah sejenis pancake dari jepun dan diletakan kacang merah atau jem-jem pilihan. sudah lama saya ingin mencuba membuat dorayaki ini untuk anak-anak sebab anak-anak semasa cuti sekolah dahulu suka tengok kartun doraemon di CD dan anak saya itu ingin cuba makan dorayaki supaya dia serupa dengan doremon kata dia. hihihi

apabila diluar, dorayaki boleh dibeli di kedai-kedai dengan harga RM6,5 Sen. yang hanya mengandungi 3 keping dalam 1 packet. mamang mahal bagi orang yang berpendatan sedikit seperti saya kerana saiz yang kecil.

kerana harganya yang mahal itu saya cuba membuat sendiri di rumah dan ternyata menjadi dan hasilnya memang gebu dan tekstur kuih dorayaki juga jadi bersarang. apabila anda memiliki anak yang ramai resepi ini sangat sesuai untuk anda cuba. tetapi resepi yang saya kongsikan ini adalah resepi ringkas dan mungkin tidak sama dengan resepi asal, jom kita layan resep kuih dorayaki dibawah.

Cuba Resepi Lain :



Bahan-Bahan

  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu besra minyak
  • 2 cawan besar madu
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • pes kacang merah - untuk inti
Cara Membuat Dorayaki

1. ayak tepung gandum dan soda bikarbonat kemudian ketepikan sekejap. siapkan bekas kemudian campurkan gula dan telur kedalam bekas, lepas tu putar hingga kembang (gunakan kelajuan sederhana)
Resepi Kuih Dorayaki Doraemon

2. masukkan minyak, esen vanilla, dan madu kedalam campuran telur tadi dan kacau hingga sebati menggunakan kaedah kaup balik. 


3. masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil terus kacau. masukkan air bersama susu cair supaya adunan tidak pekat dan kacau hingga rata. simpan adunan didalam peti ais selama 30 minit.

4. panaskan kuali non-stick dan lenserkan secubit mentega atau minyak pada kuali tersebut supaya kuih tadi tidak melekat semasa menggoreng.
Resepi Kuih Dorayaki

5. ambil 1 senduk adunan kuih dorayaki dan lenserkan pada kuali dan apabila bahagian bawah sudah berwarna keperangan kaup balikkan supaya bahagian atas masak pulak. ulangi proses tersebut hingga adunan habis.

6. akhir sekali, letakkan pes kacang merah diatasnya sementara dorayaki masih panas dan tutupkan dengan dorayaki lainya.
Kuih Dorayaki Doraemon

dorayaki paling sedap apabila dimakan sejuk atau panas dan hidangkan bersama susu, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga dengan klik icon media sosial dibawah, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search