banner here

Resepi Kuih Kapit Inti Coklat Rangup++

- Isnin, April 17, 2017
Anda pernah makan Kuih kapit inti coklat, tak? macam mana rasanya, sedap kan? tetapi, akan lebih sedap bila anda boleh buat sendiri di rumah dan hari ini adalah hari nasib baik anda kerana saya akan berkongsi resepi kuih kapit inti coklat.

sebenarnya, resepi ini sama sahaja dengan kapit tradisional yang berbeza hanya letak perisa dan inti sebelum mula membuat lipatan kuih kapit. sebelum tahu resepi ini memang saya sedikit bimbang apakah resepinya sama sahaja atau ada kelainan sedikit. ternyata memang sama sahaja jadi tak payah saya mesti belajar terlebih dahulu.
Resepi Kuih Kapit Inti Coklat

Resepi Kuih Kapit Isi Coklat


saya sudah tahu cara buat kuih ini dari ibonda saya sebab boleh dikata mak saya memang pakar buat kuih kapit ini, dahulu apabila mak saya membuat kuih muih atau kek pasti lah saya ikut membantu di dapur.. jadi saya membntu juga dapat ilmu.. hihihi.. untuk membuat kuih ini harus sedikit sabar kerana pembuatanya yang sedikit cerewet.

tetapi, apabila ketika anda membuatnya bersabar hasilnya pastilah lazat dan tak boleh dipertikaikan. ada beberapa orang yang panggil kuih kapit dengan kuih sepit. mungkin kerana cara membuatnya memang kena sepit dek acuanya, barulah kemudian dimasukkan kedalam kuali.

yang paling saya suka dari kuih kapit ini adalah rasanya yang rangup dan coklat yang meleleh di lidah apabila dimakan.. eummm aduhaiii sedapnyaa.. bahkan apabila kita tidak hati-hati makan ianya boleh bersepah kat lantai kerana begitu rangupnya.

saya teringat, pertama kali saya makan kuih kapit ini, saya mulanya tak mahu cuba kerana warnanya yang cokelat dan inti coklatnya meleleh keluar. pasti lah rasanya tak sedap. tetapi, saya tengok ibu dan bapa saya makan sepertinya sangat lah sedap.
Kuih Kapit Inti Coklat

akhirnya saya cuba makan 1 dan gigit sikit dianya bersepah di lantai.. emmmm saya terus suka dan minta lagi dan lagi. apabila anda ingin cuba buat kuih ini maka anda berada di artikel yang tepat kerana saya akan berkongsi resepi kuih kapit. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan gula
  • sedikit garam
  • vanilla
  • 1 cawan coklat 
Cara Buat Kuih Kapit

1. pukul gula dan telur hingga kembang dan berwarna putih, kemudian masukkan sedikit garam dan vanilla.

2. lepas itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus dikacau hingga sebati. kemudian apabila sudah sebati masukkan santan dan sebatikan.
Kapit Inti Coklat

3. siapkan acuan dan letak sesudu adunan dalam acuan, lepas itu masukkan inti coklat kedalam piping beg.

4. apabila kuih kapit sudah masak, picitkan inti ketasnya dan akhir sekali dilipat. supaya inti coklat kelihatan penuh pipekan coklat pada bahagian tepi jugak.

resepi ini sangat mudah dan senang sahaja membuatnya dan apabila resepi kuih kapit inti coklat ini bermanfaat sila share kepada kawan keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search