banner here

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Sedap++

- Selasa, April 04, 2017
Resepi Kuih Keria Gula Melaka - rasanya sudah lama saya tidak berkongsi resepi di blog ini, bukan kerana tidak ada masa buat menulis tapi saya bimbang ingin kongsikan apa di blog ini. akhirnya, saya duduk sahaja sambil melihat komputer riba dan baca-baca resepi yang di kongsikan oleh kawan-kawan di group masakan.

selepas saya baca-baca ada ramai kawan yang bercakap tentang kuih yang sangat viral di media sosial yang dijual oleh Haji Jalil Limbongan Melaka, bahkan kerana kehebatan kuih ini ada yang sanggup beratur hingga berjam-jam demi semata-mata untuk membeli kuih ini.

kuih itu adalah kuih keria gula melaka, ramai orang katakan kuih ini istimewa kerana kesedapanya. padahal sudah bertahun-tahun lamanya kuih ini ada dan saya pernah beberapa kali cuba untuk membuatnya untuk keluarga. saya tidak menyangka keria gula melaka akan viral sekarang sebab kuih ini sangat mudah dan bahan-bahan nya pun sangat mudah untuk didapatkan.
Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Kuih Keria Gula Melaka


dahulu ketika masih anak-anak pergi ke melaka bersama ibu bapa saya pernah mencubanya memang rasanya sedap dan manis. tapi saya tidak tahu nama kuih ini. bagi saya yang terpenting rasanya sedap dan saya tidak peduli dengan nama makanan yang saya makan.

bahan utama untuk membuat kuih ini adalah ubi kaledek, tapi saya lebih suka menggunakan kaledek putih atau kuning berbanding kaledek oren kerana apabila direbus kaledek putih tidak lembik apabila direbus.

apapbila anda menggunakan kaledek putih tak perlu tambah tepung yang banyak kerana doh kaledek putih lebih senang dibentuk dan yang membuat kuih keria gula melaka sangat sedap adalah kerana pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis iaitu gula batu, gula melaka, dan gula putih. tanpa sira pun kuih ini tetap sedap atau biasa disebut keria togel.

tapi bagaimana bila tidak ada kaledek?

anda boleh menggunakan ubi kayu dan akan kita test membuat kuih keria ubi kayu pulak. untuk membuat kuih ini mesti pandai-pandai kerana bila berlebih tepung pun tidak sedap. saya ada sedikit tips, bila sudah taruh tepung dan diadun anda boleh cuba goreng sikit kuih keria. bila lembik kejadianya, perlu tambah sedikit tepung lagi.
Kuih Keria Gula Melaka

tetapi bila selepas digoreng itu eloktidak perlu tambah lagi tepung. bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri dirumah, boleh ikut resepi yang saya kongsikan ini. sebelum resepi ini saya kongsikan kepada anda sudah saya cuba berkali-kali sehingga dapat resepi yang menepati selera dan lebih sedap.

ada sedikit tips lagi, supaya keria yang anda buat lebih sedap gunakan kaledek putih yang kulit dia coklat lembut bukan kaledekyang kulitnya merah. kaledek putih tidak manis sangat dan mengandungi jumlah air lebih sedikit berbanding kaledek oren jadi memang sesuai bila untuk membuat kuih.

okay, nampaknya saya bercakap sudah agak lama dan jom kita layan resepinya dibawah :

Bahan-Bahan Keria

  • 500 gram kaledek putih
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
Bahan-Bahan Sira 
  • 1 sudu besar gula putih
  • 2 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1/2 cawan air
Cara Membuat Kuih Keria Gula Melaka


1. buang kulit ubi kaledek dan basuh hingga bersih kemudian masukkan sedikit garam dan ubi kaledek dalam kuali. rebus ubi tersebut hingga empuk. toskan airnya. lepas itu tumbuk ubi dan buang urat-urat kasar yang ada pada ubi tersebut.

2. campurkan ubi tersebut bersama teoung gandum pada sebuah bekas dan uli adunan tersebut hingga menjadi doh. adunan ini dapat lah 12 - 15 ketul kuih keria.

3. bentuk adunan tadi menjadi bulat-bulat dan buat lubang ditengah, tapi supaya lebih cantik anda boleh gunakan kreativiti dengan membentuk menjadi kapal selam, bebola, atau suka hati kau lah.
Keria Gula Melaka

4. panaskan minyak dengan akedah deep fry (supaya tenggelam) dan goreng hingga masak atau warna menjadi keemasan. ulangi proses tersebut hingga habis dan toskan minyak kemudian letak dalam pinggan.
Resepi Keria Gula Melaka


Cara Untuk Membuat Sira

1. hiris nipis-nipis gula melaka menggunakan pisau kemudian satukan semua bahan dalam kuali dan bairkan berbuih mendidih. masukkan kuih keria yang sudah di goreng tadi dan gaul hingga semua kuih tersalut gula.

2. bila semasa menggaul keria mula melekat segera pisahkan dan angkat kemudian biarkan kuih menjadi sedikit lebih sejuk dan hidangkan.

makanan ini paling sedap bila disediakan bersama teh tarik untuk minum petang dan bila resepi kuih keria gula melaka yang kongsikan ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda dengan klik icon media sosial dibawah, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search