banner here

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Mudah++

- Jumaat, April 07, 2017
Resepi Kuih Lapis - Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih yang sedap dan bahan-bahan nya mudah dan senang. apabila dipotong kejadianya snagat cantik. kuih apakah itu? betul, saya akan berkongsi resepi kuih lapis tepung gandum.

saya memang penggemar kuih ini dan apabila saya makan aku suka koyakkan selapis demi selapis. makanan ini sangat popular di kalangan masyarakat Melayu terutama Malaysia. di Indonesia jugak nama kuih ini adalah kuih lapis. tapi biasanya di Indonesia kebanyakan menggunakan warna hijau dan putih.
Resepi Kuih Lapis

Resepi Kuih Lapis


apabila saya lihat kuih lapis saya teringat macam kuih dulu-dulu. apabila masa saya kecil boleh makan kuih lapis sahaja sudah membuat aku gembira dan lebih sedap apabila nak makan kita selak selapis demi selapis. mungkin kuih ini adalah salah satu kuih tradisional yang tiada tanding dalam rasa dan kesedapanya.

ada banyak resepi kuih lapis, ada yang gunakan tepung beras dan ada juga yang gunakan tepung gandum. semuanya sangat sedap sebab terpulang kepada selera masing-masing. tetapi resepi yang akan saya kongsikan ini menggunakan teoung gandum.

saya teringat, pertama saya cuba membuat kuih ini sangat sukar mungkin kerana saya tidak pandai dalam membuat kuih. tetapi sekarang selepas saya pandai dan berjaya membuat kuih lapis. tidak pernah saya menyediakan kuih ini untuk anak-anak.

apabila ingin kuih ini pasti saya membelinya di kedai-kedai. dulu-dulu mak aku dia buat guna tepung beras dan letak warna lain setiap lapisan kuih, jadi macam warna pelangi. apapun bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini hasilnya pasti sedap dan apabila anda membuat kreativiti dengan mencampurkan tepung gandum + tepung beras juga pasti lebih sedap.

menggunakan tepung gandum + tepung ubi juga sama sedapnya.. tetapi pada saya, mana yang saya telah cuba dan kongsikan di blog ini adalah yang terbaik dan kena dengan selera. apabila anda baru mahu belajar cara membuat kuih mesti baca betul-betul cara membuatnya, in shaa allah pasti menjadi.
Resepi Kuih Lapis

jangan takut untuk mencuba kalau tak cuba, tentulah tak tahu hasilnya kan? beberapa hari lepas saya sudah kongsikan resepi kuih keria gula melaka mungkin anda nak cuba dan jom kita layan resepi yang mudah dan ringkas dibawah :

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan santan ( 1 cawan santan pekat + 3 cawan santan cair)
  • sedikit garam
  • pewarna mengikut anda suka (saya guna warna hijau)
  • perisa ros
Cara Membuat Kuih Lapis
Resepi Kuih Lapis

1. masukkan santan kedalam periuk kemudian panaskan sekejap menggunakan api sederhana hingga suam-suam kuku. lepas tu tutup api.

2. panaskan pengukus dan campurkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, garam, dan gula kedalam mangkuk atau bekas kemudian masukkan santan dan gaul hingga rata.

3. siapkan 2 bekas dan bahagikan adunan kedalam 2 bahagian dan warnakan satu bahagian dengan warna kegemaran anda dan letakkan perisa ros


4. siapkan loyang bersaiz 8" Inchi kemudian sapu minyak pada loyang tersebut. apabila air pad apengukus sudah mendidih masukkan loyang kedalam pengukus.

5. tuangkan 1/3 adunan yang sudah diberi warna kedalam loyang kemudian kukus selama 5 minit menggunakan api kuat. apabila sudah masak tuangkan adunan tanpa warna dan kukus lagi hingga masak. ulangi proses tersebut hingga seluruh adunan habis.

6. akhir sekali, apabila sudah masak bolehlah matikan api dan angkat kuih lapis kemudian sejukkan sekejap dan potong-potong. kuih lapis siap untuk dihidangkan.
Resepi Kuih Lapis

resepi kuih lapis ini akan lebih elok dan cantik apabila anda menggunakan kreativiti anda dalam mencampur warna dan apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search