banner here

Resepi Kuih Lompang Warna Warni Sedapnyeeee++

- Rabu, April 12, 2017
Sebelum saya mula berkongsi resepi kuih lompang saya ingin berkata terima kasih sudah sudi mengunjungi blog saya ini. tujuan saya buat blog ini adalah untuk rujukkan anak-anak dan anda apabila mencari resepi memasak. sebab saya ingin berkongsi sedikit ilmu memasak yang saya punya dan apabila resepi yang saya kongsikan tidak sesuai dengan selera anda harap maklum kerana semua orang punya selera yang berbeza.

kembali ke resepi, apabila tengah hari begini dan tidak sedang sibuk pasti lah saya mengantuk, hanya blog ini lah kawan saya apabila mengantuk mula menyerang mata. sebab suami sibuk bekerja dan anak-anak pergi ke sekolah. sangat gembira rasanya apabila melihat ada comment masuk ke blog ini kerana saya boleh membalas dan ada teman berbual. jadi apabila anda mempunyai comment atau cadangan jangan ragu-ragu untuk hantar kan pada saya.
Resepi Kuih Lompang

mulanya saya memang tidak merancang langsung membuat kuih lompang ini sebaliknya saya hanya menonton televisyen dan secara tidak sengaja saya melihat ada pelakon filem yang sedang memakan kuih lompang ni. saya terus berfikir daripada saya tidur lebih baik saya membuat kesibukan di dapur.

confirm hari ini saya ingin buat kuih lompang warna-warni seperti di filem tadi. saya terpikat dengan warna-warni kek tadi, nampak ceria sekali. maka saya pun usahakan juga hari ini membuat kuih cantik ini. saya langsung pergi ke pasaran untuk membeli kelapa parut, selepas sampai di rumah saya cuba mengingat cara buat kek tersebut.

alhamdulillah, saya masih ingat resepi kuih lompang warna-warni, padahal kali terakhir saya membuat kuih ini adalah semasa belum berkahwin (mungkin 10 tahun lepas). yang paling saya suka dari kuih ini adalah teksturnya yang agak lembik semasa di angkat dari pengukus dan kemanisanya pun sangat bersesesuaian dengan selera saya.
Resepi Kuih Lompang Warna Warni

kuih lompang ini paling sedap apabila dimakan sejuk-sejuk dan sangat sesuai untuk sarapan atau minum petang, selepas di letakkan kelapa parut kelembutan kuih lompang menjadi bertambah. pasti lah anda ingin segera mencuba resepinya kan, jom kita tengok resepinya dibawah..

Bahan A

  • 2 Cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
Bahan B
  • 2 Cawan tepung beras
  • 2 cawan air
  • sedikit pandan paste
  • 1 sudu teh kapur makan
  • pewarna mengikut anda suka
Bahan C
  • 125 gram kelapa parut muda (campurkan dengan sedikit garam dan kukus selama 10 minit)
Cara Membuat Kuih Lompang

1. maska bahan A hingga larut kemudian sejukkan, sementara itu panaskan air dalam periuk pengukus.

2. campurkan bahan B kecuali pewarna kemudian kacau hingga rata, lepas tu tuangkan bahan A kedalam campuran bahan B tadi dan kacau sampai sebati.

3. bahagikan adunan kepada 2 - 3 mangkuk dan warnakan mengikut warna kegemaran anda. sementara itu panaskan pengukus dan apabila air pada pengukus sudah mendidih. masukkan adunan pada acuan yang sudah dilumur minyak.

4. supaya memudahkan menuangkan adunan ke dalam acuan kecil boleh tapiskan bancuhan tepung kedalam bekas bermuncung atau teko.

5. akhir sekali, kukus kuih lompang selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak menggunakan api kecil sahaja. suapay air dipermukaan kering, sebelum diangkat buka tutup pengukus dan kukus tanpa tutup selama beberapa minit.

6. angkat dan sejukkan kuih, cungkil perlahan dan letakkan parutan kelapa pada lubang ditengah kuih.. kuih lompang siap untuk dihidangkan.
Kuih Lompang Warna Warni

suapaya menghasikan kuil lompang yang cantik hendaklah semasa mengisi adunan kedalam mangkuk isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang dan air kapur ditapis terlebih dahulu. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search