banner here

Resepi Kuih Peneram Sukatan Cawan++

- Sabtu, April 29, 2017
Assalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih peneram, salah satu antara kuih raya yang paling digemari dan diminati. nostalgia sangat kuih ini sebab apabila saya makan kuih ini teringat masa dahulu ketika masih budak-budak.

percaya tak, hari ini saya buat kuih ini sambil diiringi hujan, bayangkan sedapnya kuih ini dimakan sambil melihat hujan turun. tidak sampai disitu sahaja, anak saya juga memainkan lagu band asal Indonesia iaitu Utopia.

lyrics lagu macam ini "Rinai Hujan basahi aku, temani sepi yang mengendap kala aku mengingatmu dan semua saat manis itu. segalanya seperti mimpi kujalani hidup sendiri, andai waktu berganti aku tetap tak akan berubah. aku selalu bahagia saat hujan turun karena aku dapat mengenangmu untukku sendiri oohh..ooo". hihihi
Resepi Kuih Peneram

Resepi Kuih Peneram


okay, kembali ke resepi. kuih peneram ini saya pelajari dari ibonda saya sendiri, memang pandai sangat beliau buat kuih tradisional, bahkan, hampir semua resepi kuih tradisional yang saya kongsikan di blog ini adalah hasil diajar oleh beliau.

sebenarnya, saya sudah cuba resepi kuih peneram ini di Internet. tetapi semuanya macam tidak tak complete je. so saya telah membandingkan dengan resepi ibonda memang lebih lembut dan manis. saya kongsikan kuih ini kerana saya tengok kat kedai Hijrah sangat laku dan banyak customer yang bertanya-tanya macam mana membuat kuih ini.

so, apabila anda juga mencari resepi ini maka anda berada di tempat yang betul kerana saya akan berkongsi resepi kuih peneram. jom kita layan resepinya dibawah..
Resepi Kuih Peneram

Bahan-Bahan
  • 4 cawan tepung beras
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Kuih Peneram

1. campurkan gula merah, gula pasir, dan air kemudian masak diatas api hingga gula hancur dan mendidih.

2. tapis air gula yang masih panas kedalam tepung beras kemudian kacau. masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga sebati. apabila sudah sudah sebati bentuk menjadi doh dan perap selama 2 - 3 jam.

3. ambil sedikit doh kemudian bentuk menjadi bulat pakai acuan, apabila anda sudah expert boleh bentuk bulat guna tangan je. kemudian buat lubang ditengah guna jari.

4. panaskan minyak yang banyak dalam kuali tetapi pastikan minyak tak terlalu panas atau kurang panas sebab ianya akan tak jadi cantik, kemudian goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan supaya masak sekata.
Resepi Kuih Peneram

memang mesti sabar buat kuih ini sebab silap sikit alamt tak menjadi, tetapi kenalah rajin mencuba dan jangan putus asa. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search