banner here

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan Simple dan Sedap++

- Isnin, April 10, 2017
Pernah makan mata ikan tak, macam mana rasanya? apabila mata ikan betul mungkin anda tidak mahu mencubanya, tetapi apabila resepi sagu mata ikan yang saya kongsikan ini pastilah anda suka. hihihi.. kerana bulan puasa 2 bulan lagi tiba saya ingin berkongsi resepi kuih raya sahaja sebab pasti lah ramai orang nak belajar cara membuat kuih raya.

kuih sagu mata ikan adalah kegemaran anak-anak dan apabila bulan puasa kami membelinya dibazar ramadhan untuk menu berbuka puasa. anak-anak paling sukar apabila berpuasa kerana mereka masih belajar tentu pasti lah banyak kesalahan, apabila berpuasa saya sentiasa menggoda anak-anak akan membuatkan makanan apapun yang mereka suka untuk menu berbuka puasa nanti supaya mereka mahu berpuasa jadi pendeknya saya akan memberikan mereka hadiah apabila berpuasa 1 hari penuh.
Resepi Kuih Sagu Mata Ikan

apabila ketika masa kanak-kanak anda pernah cuba memakan kuih ini, pasti lah rindu juga nak makan kuih sagu ini mungkin kuih ini adalah kuih kegemaran masa-masa kecik dulu. dahulu bonda saya kerap membuatkan kuih ini untuk minum petang. tetapi selepas saya sudah besar bonda saya tidak pernah membuatnya lagi dia kata sudah malas nak buat.

maknanya sudah tiba giliran kita untuk membuatkan kuih yang amat simple ini untuk generasi pengganti iaitu anak-anak kita. kembali ke resepi, walaupun kuih ini amat simple tetapi apabila tidak belajar pasti lah sukar membuatnya. macam saya dahulu yang tidak pandai menyediakan kuih ini.

saya mula belajar cara memasak kuih ini dari ibunda saya, dimana sewaktu saya berkunjung dahulu beliau memasak kuih ini untuk cucu-cucunya. anak-anak memang paling suka apabila berkunjung ke rumah nenk dan datuk mereka, sebab anak-anak boleh di manja oleh opah dan datuk mereka. berbeza apabila di rumah saya jarang memanjakan anak-anak kerana sibuk.

dari situ, saya mula memasak kuih ini yang memang sangat mudah dan cepat disediakan. sedikit tips untuk anda kuih sagu mata ikan ini akan lebih sedap apabila menggunakan kelapa parut muda untuk digaul bersama kuih berbanding menggunakan kelapa parut yang sudah tua kuranglah rasa kesedapanya.

saya paling suka memakan kuih ini apabila sejuk, jadi saya apabila membuat kuih ini saya simpan dahulu dalam peti ais baru lah keeseokan pagi saya makan sejuk-sejuk untuk sarapan, apabila anda nak ingin membuat kuih ini anda sudah berada di tempat yang tepat, jom kita mula tengok cara-caranya..

Bahan-Bahan
  • 1 cawan sagu mata ikan
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir - boleh tambahkan bila suka manis
  • pewarna merah -  mengikut anda suka
Bahan untuk di Gaul
  • Kelapa Parut Muda
  • sedikit garam
Cara Membuat Sagu Mata Ikan

1. panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian apabila sudah  mendidih masukkan sagu bersama gula pasir dan kacau hingga rata dan pekat selama lebih kurang 8 minit.
Kuih Sagu Mata Ikan

2. masukkan pewarna merah dan kacau sekejap, siapkan loyang dan masukkan kedalam loyang untuk dikukus. kukus sagu hingga tiada lagi ada putih-putih dan kembang selama lebih kurang 25 minit.
Kuih Sagu Mata Ikan

3. apabila sudah masak angkat dan sejukkan di luar kemudian potong mngikut anda suka dan gaulkan bersama kelapa parut dan kuih siap dihidangkan.

apabila resepi ini bermanfaat sila kongsikan kepada kawan atau keluarga anda dengan cara klik icon sosial media dibawah dan selamat mencuba resepi yang mudah dan cepat ini.

 

Start typing and press Enter to search