banner here

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan++

- Isnin, April 24, 2017
Resepi kuih seri muka pandan adalah antara banyak kuih tradisional yang saya suka. mungkin sebab kerana ianya cantik dan senang sahaja menyediakanya. dalam tradisi masyarakat Malaysia kuih seri muka masih sejenis kuih talam yang biasanya dibuat dalam 2 lapisan.

saya tengok banyak yang sudah kongsikan resepi ini oleh kawan-kawan blogger. tetapi, kebanyakan resepi kuih seri muka menggunakan bahan yang sama cuma sukatanya sahaja yang berbeza sedikit. memang perbezaan dalam sukatan sangat berpengaruh pada kesedapan kuih tersebut.
Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka


saya memang penggemar kuih ini, lebih-lebih lagi apabila saya memakan bahagian atasnya sedikit berlemak dan lembik.. sedut masuk mulut.. aduhaiii sedapnyeee.. lapisan atas kuih muka memang sedap mungkin kerana ianya terbuat dari telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

sementara itu, bahagian bawahnya berasaskan dari beras pulut. apabila anda ingin buat kuih ini mesti bersabar sebab apabila salah sedikit sahaja maka lapisan atas tidak cantik dan tidak melekat dengan lapisan bawah. hari ini saya berkongsi resepi kuih seri muka pandan adalah kelmarin timbul idea untuk membuat kuih ini.

saya teringat, dahulu ketika semasa saya kecil saya suka membeli kuih ini di pasar malam. ramai orang beli kuih ini, jadi apabila terlambat sikit mestilah sudah habis. hihihi.. terus terang saya tidak pandai membuat kuih ini sebelumnya. tetapi nasib baik ibonda saya tahu resepinya dan saya cuba membuatnya dan alhamdulillah First Trial saya buat, berjaya.

saya tengok, ramai orang lebih suka makan bahagian lapisan atas berbanding dengan lapisan bawah. mungkin kerana lapisan atas lebih cantik dengan pewarna pandan. kuih ini sangat sesuai di hidangkan sebagai menu sarapan pagi atau minum petang.
Kuih Seri Muka Pandan

jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan Lapisan Bawah

  • 2 cawan beras pulut 
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • sedikit garam
  • loyang bersaiz 8"
Cara Membuat

1. basuh beras pulut kemudian rendam selama 2 jam, kemudian masukkan semua bahan kedalam loyang dan kukuskan

2. supaya nampak cantik tekankan pulut yang sudah dimasak tadi hingga mampat dan kukuskan semula. tuangkan adunan bahagia lapisan atas.

Bahan Lapisan Bawah
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan 
  • pewarna hijau
  • sedikit garam
Cara Membuatnya

1. siapkan bekas yang sesuai kemudian campurkan semua bahan tadi kedalam bekas dan kacau hingga rata. tapiskan sekejap dan tuangkan secara perlahan-lahan pada pulut yang sudha dimasak pada loyang tadi.
Resepi Kuih Seri Muka Pandan

2. kukus kembali hinga masak atau selama lebih kurang 30 minit. apabila sudah masak angkat dan sejukkan. kemudian potong mengikut selera anda.

supaya semasa mengukus air tidak menitis di atas permukaan kuih anda boleh guna kain tebal atau tuala untuk menutup pengukus. tips supaya pulut tidak melekat semasa di potong adalah dengan menggunakan pisau plastik atau bila tidak ada pisau plastik sebelumnya celupkan terlebih dahulu pisau kedalam air panas sebelum memotong.

kenapa kuih seri muka pandan adalah salah satu kegemaran saya? kerana membuatnya mudah dan senang sahaja. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search