banner here

Resepi Kuih Tiram/ Lidah Buaya Sukatan Cawan++

- Khamis, April 20, 2017
Assalamu'alaikum salam sejahtera semua, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih tiram yang sangat rangup. mula saya ingin berkata terima kasih sudi bertandang di blog saya ini. blog ini saya buat untuk bercerita mengenai tips dan resepi masakan yang mungkin boleh berguna untuk anda.

hari ini saya cuba memeriksa blog ini di google search console dan saya sangat hairan sebab banyak artikel di copy paste tanpa kebenaran. sebenarnya saya tak apa-apa apabila copy paste untuk di baca sendiri. tetapi saya tengok artikel blog ini di copy paste untuk diterbitkan pada blog mereka.
Resepi Kuih Tiram

Resepi Kuih Tiram


aduhaiii, saya merasa hasil kerja saya menulis tidak dihargai seperti sepatutnya, sama ada mereka tidak boleh menulis sendiri sehingga perlu copy paste blog orang lain. blog-blog besar macam Aziejaya.blogspot.com, Azlitamasammanis.com, dan tiffinbiru.blogspot.com juga kena copy oleh dia. okay, kita kembali ke resepi.. hari jum'at yang mulia ini sama ada anda memiliki idea untuk proyek hujung minggu.

apabila tak memiliki idea boleh ikut resepi kuih tiram yang saya kongsikan ini, kuih ini adalah salah satu kuih tradisional melayu dan ramai orang menggemarinya. ada yang menyebut kuih ini dengan kuih lidah buaya mungkin dianya semacam lidah buaya..hihihi

tetapi, memang sedap dan rangup kuih ini, ramai orang mencuba dan berjaya membuatnya sebab sangat mudah dan cepat. biasanya apabila saya teringin makan kuih tiram saya membelinya tetapi kuih tiram yang dijual tu tak sebarapa memuaskan hati sebab terlalu banyak gula dan tak rangup yang menyebabkan putus selera makan aku.

mungkin anda sudah tahu cara nak buat kuih yang senang ini, tetapi tak apelah saya ikut kongsikan sebab mungkin ada salah satu dari pembaca usiamuda.com yang tak tahu cara membuatnya. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi (boleh guna tepung jagung)
  • 3 sudu besar butter
  • 1 biji telur
  • 160 ml air
  • sedikit garam
  • 6 sudu minyak masak untuk gam
Cara Membuat Kuih Tiram
Resepi Kuih Lidah Buaya

1. satukan tepung gandum, butter, telur, air, dan sedikit garam kedalam sebuah bekas kemudian uli hingga menjadi doh yang lembut. lepas tu bahagikan doh menjadi beberapa bahagian dan canaikan nipis.
Resepi Kuih Tiram

2. sementara itu, satukan tepung ubi dan minyak masak dan sapu diatas adunan tadi. lepas tu gulung adunan dan potong menyerong dan canaikan nipis sekali lagi.
Resepi Kuih Lidah Buaya

3. akhir sekali, panaskan minyak dalam kuali dan goreng kuih hingga masak atau berwarna kekuningan dengan menggunakan api sederhana.

saya suka memakan kuih ini tanpa berlebih gula sebab saya memang tak suka makanan terlalu manis. tetapi apabila anda suka manis boleh tambahkan gula. resepi kuih lidah buaya ini sangat mudah dan senang untuk disediakan dan apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search