banner here

5 Resepi Biskut Raya Tak Payah Bakar (MESTI CUBA)

- Selasa, Mei 23, 2017
Assalamualikum salam sejahtera kepada rakan-rakan semua yang sudah sudi melawat ke blog saya yang sederhana ini. hari ini saya ingin berkongsi resepi biskut raya tetapi agak sedikit berbeza sebab biskut yang saya kongsikan ini tak perlu payah bakar atau tanpa oven.

saya sudah kongsikan banyak resepi biskut di blog ini tetapi semua resepi saya pasti harus di bakar terlebih dahulu. saya kongsikan resepi ini kerana beberapa hari lepas kawan saya bercerita kalau dia ingin menyediakan banyak biskut di hari lebaran, tetapi kawan saya tu tidak mahu payah bakar biskut. jadi kawan saya bertanya kepada saya "adakah resepi biskut raya tanpa bakar?"

Resepi Biskut Raya Tanpa Bakar


saya berfikir sekejap dan cuba mengingat resepi biskut yang saya tahu. akhirnya saya berjaya menemui resepi yang kawan saya inginkan. mungkin anda juga sama dengan kawan saya tu ingin membuat biskut tetapi tak perlu bakar. jadi saya harap artikel saya ini boleh membantu anda.

jom kita tengok resepinya dibawah..

1. Mentega Kacang dan Cornflakes POP
Mentega Kacang dan Cornflakes

Bahan-Bahan

  • 4 cawan cornflakes
  • 250g smooth peanut butter
  • Segenggam badam nibs (disangai)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan madu
  • Secubit garam (supaya ada rasa sweet-salty)
Cara-Cara

1. Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua bahan bergabung. Didihkan.

2. Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.

3. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas cornflakes dan gaul rata. Sprinkle almonds semasa menggaul.

4. Masa tengah suam-suam, bentukkan mengikut kesukaan.

5. Letakkan atas kertas minyak dan biarkan sejuk dan set (boleh diletakkan di dalam peti sejuk). Hiaskan mengikut citarasa. Boleh cairkan coklat masakan dan drizzle on top. siap!

Biskut Batang Buruk

Bahan-Bahan


  • 400 gm tepung gandum
  • 2 camb tepung beras
  • 4 camb marjerin
  • 2 camt serbuk penaik
  • 200 gm kelapa parut putih - goreng keperangan, biar sejuk kemudian kisar halus
  • 1 biji telur - dipukul
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
Bahan Inti


  • 200 gm kacang hijau
  • 180 gula kaster
  • (goreng kacang hijau tanpa minyak hingga harum kemudian kisar dengan gula halus, ketepikan)
Cara-Cara


1. siapkan bekas sesuai kemudian campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk penaik, garam, telur, kelapa parut goreng, dan marjerin kemudian gaul hingga sebati.

2. selepas itu tuangkan air secukupnya dan uli hingga membentuk doh kemudian tutup menggunakan kain lembab dan biarkan selama 30 minit.

3. ambil doh sedikit kemudian canai hingga nipis kemudian potong dengan saiz panjang 3 - 4 cm dan lebar 2 cm. lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan.

4. doh mesti agak keras supaya gulungan tadi kekal bentuknya, kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kuih berwarna keemasan.

5. akhir sekali, bila kuih sudah agak sejuk sumbat dengan inti kacang hijau.


3. Biskut Cornflakes Coklat
Biskut Cornflakes Coklat

Bahan A

  • 300gm coklat masakan
  • 2 sudu teh shortening

Bahan B

  • 100gm cornflakes
  • 40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
  • Sedikit badam cincang -untuk hiasan
  • Sedikit coklat putih -untuk hiasan
Cara-Cara

1. Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan b. Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.

2. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya. Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.

3. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 


4. Biskut Peanut Butter Candy
Biskut Peanut Butter Candy

Bahan-Bahan

  • 2 cawan biskut crumb (saya guna biskut marie yang di ketuk-ketuk)
  • 1/2 cawan gula perang/halus
  • 2 cawan peanut butter
  • 1/2 cawan butter (unsalted)
  • 2 cawan chocolate
  • 1 sudu shortening
Cara-Cara


1. ketuk-ketuk biskut marie hingga hancur dan bila sudah hancur masukkan gula halus dan gaul hingga sebati.

2. sementara itu, cairkan butter kemudian masukkan peanut butter selepas itu kacau dan biarkan sampai sebati. tuangkan campuran butter ke dalam biskut crumb tadi.

3. siapkan loyang dan alaskan dengan baking paper, tuangkan campuran bahan tadi kedalam loyang dan masukkan ke dalam peti ais selama kurang lebih 5 minit.

4. sementara itu cairkan coklat dan shortening dan tuangkan di atas bahan campuran tadi, selepas itu masukkan kembali ke dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam.

5. keluarkan dan potong mengikut selera, hidangkan.

5. Biskut Coklat Crispy Badam
Biskut Coklat Crispy Badam

Bahan-Bahan
  • Coklat Crispy
  • Cawan Kertas
  • Badam Cincang
  • Coklat Masakan
Cara-Cara

1.  goreng terlebih dahulu badam cincang dengan api kecil dan pantau selalu supaya tidak hangus atau kacau selalu.

2. siapkan cawan kertas yang banyak kemudian masukkan coklat crispy kemudian di ikuti badam cincang dan sekali lagi badam cincang. ulangi samapi proses tersebut selesai dan cawan kertas sudah terisisi semua.

3. sementara itu cairkan coklat hingga likat dan berketul-ketul dan tuangkan kedalam cawan kertas yang sudah ada badam cincang tadi.

4. akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam, siap untuk di hidangkan..

semua resepi biskut raya tanpa bakar yang saya kongsikan diatas sangat mudah dan ringkas sahaja. jadi apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search