banner here

Resepi Biskut Makmur Gebu Paling Sedap

- Selasa, Mei 02, 2017
Resepi biskut makmur, Assalamualaikum semua apa khabar sihat ke? hari ini saya ingin berkongsi salah satu antara biskut yang paling di gemari oleh masyarakat Malaysia. Hari raya sudah makin nak dekat sekarang saya tengok kat group masakan mula tanya buat kek, biskut dan kuih.

saya sangat gembira apabila resepi biskut makmur yang saya kongsikan ini boleh memberi manfaat untuk anda. resepi biskut ini saya harap boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya nanti. resepi inbi saya dapat dari ibonda saya, beliau cakap ini adalah resepi turun temurun dari moyang.
Resepi Biskut Makmur Gebu

Resepi Biskut Makmur


yang paling saya suka dari resepi ini adalah sangat mudah kerana tak perlu bakar banyak masa, tetapi mestilah apabila saya cakap resepi ini mungkin banyak orang sudah tahu. biskut ini sangat sedap sebab ianya menggunakan kacang tanah yang di kidar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.

apabila saya makan biskut ini membawakan nostalgia di masa kecil-kecil dahulu sebab resepi ini tak asing dan sudah menjadi kegemaran orang kampung seperti saya ini, rasanya sangat senang je membuat biskut ini.

sementara itu, biskut makmur juga sangat popular pada masa hari raya seperti biskut nestum rangup dan biskut mazola, tak usah banyak cakap jom kita layan resepinya dibawah.. .

Bahan-Bahan

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • 2/3 cawan gula icing
Bahan Inti
  • 1 1/2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak
  • 3/4 gula icing
Bahan Untuk Salut
  • gula icing secukupnya
Cara Membuat Biskut Makmur

1. ayak tepung gandum bersama gula icing kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut.
Gambar Ayak Tepung Gandum

2. sementara itu, kisar kacang tanah bersama gula icing 

3. ambil sedikit adunan boleh guna sudu supaya saiz sama besar, selepas itu leperkan dan letakkan inti kacang tanah. tutupkan inti dan buat bentuk mejadi bulat.

4. siapkan loyang dan susun adunan yang sudah dibulatkan tadi, kemudian bakar pada oven bersuhu 160"C selama lebih kurang 15 minit.
Gambar Resepi Biskut Makmur

5. akhir sekali, apabila biskut sudah masak salutkan dengan gula icing dan siap untuk dihidangkan.
Gambar Biskut Makmur

di dunia ini tidak ada yang sukar sepanjang kita mahu cuba, semua resepi pasti lah anda boleh buat apabila nada mahu belajar dan mencuba. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

 

Start typing and press Enter to search