banner here

Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan++

- Ahad, Mei 21, 2017
Assalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi resepi biskut sarang semut sukatan cawan, apabila musim perayaan tiba macam bulan ramadhan pasti lah banyak orang menyediakan biskut atau kuih raya terutamanya masyarakat Malaysia.

pada asalnya, saya terpandang resepi ini di youtube kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang simple sahaja menyebabkan hati saya ingin cuba try di rumah. apabila anda tercari-cari resepi biskut yang mudah untuk melengkapi koleksi biskut raya tahun ini boleh lah anda cuba resipi biskut sarang semut ini.
Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Sarang Semut


sebenarnya, sudah satu minggu lepas saya tak kongsikan apapun di blog bahkan selama 1 minggu tersebut saya tidak membuka laptop. kerana asalnya saya sibuk bekerja dan mesti ikut suami balik ke Indonesia jugak entah kenapa tangan ini sangat susah untuk menaip keyboard..

kembali ke resepi, saya dan keluarga memang penggemar biskut dan apabila hari raya tiba akan membelinya dalam jumlah banyak. tetapi apabila tengah rajin saya saya lebih suka untuk membuatnya sendiri dan rasanya lebih memuaskan hati apabila menyediakan biskut yang kita buat sendiri kan.. juga bila membeli dalam jumlah banyak sayang dengan wang kan..

untuk membuat biskut sarang semut sangat mudah hanya sedikit berbeza proses membuatnya dari biskut lain, kerana doh tepung mesti di parut terlebih dahulu ke dalam acuan kertas sebelum dibakar. tetapi yang paling saya suka bahan-bahan untuk membuat kuih siput tak susah korang boleh tengok sahaja kat dapur bahan-bahanya adalah masakan biasa di rumah jadi tak payah beli macam-macam.

mungkin anda sudah tak sabar ingin mencuba resepi ini, jom tak perlu banyak cakap kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan butter
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • coklat rice - untuk hiasan
Cara Membuat Biskut Sarang Semut

1. campurkan butter bersama gula kemudian gaul menggunakan spatula hingga sebati, selepas itu masukkan esen vanill dan kuning telur gaul lagi hingga rata.
Resepi Biskut Sarang Semut

2. masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sambil di gaul, gaul hingga adunan tadi membentuk doh.
Resepi Biskut Sarang Semut

3. siapkan cawan kertas yang sesuai dan parut doh tadi dan masukkan ke dalam cawan kertas yang sudah anda siapkan, apabila proses parut sudah selesai taburkan dengan coklat rice ke dalam parutan doh tadi.
Resepi Biskut Sarang Semut

4. akhir sekali, susun biskut ke dalam loyang dan bakar biskut ke dalam oven bersuhu 150"C selama lebih kurang 20 minit hingga masak. apabila sudah masak angkat dan sejukkan kemudian boleh simpan dalam bekas kedap udara.

resepi biskut sarang semut ini sangat mudah, biasanya apabila saya buat 1 adunan tadi boleh menjadi 140 biji biskut. apabila resepi ini bermanfaat sila share dengan klik sosial media dibawah, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search