banner here

Resepi Kuih Onde Onde / Buah Melaka Paling Lazat

- Selasa, Mei 30, 2017
Assalamualaikum salam sejahtera semua, Resepi Buah Melaka Atau Onde-Onde adalah salah satu antara makanan paling di gemari apabila bulan puasa, Onde-Onde adalah salah satu makanan tradisi yang sangat saya gemari sejak saya masih Kanak-kanak.

saya teringat dahulu, apabila bulan puasa Ibonda pasti membuat kuih buah melaka. pada masa itu, setiap kali ibonda mahu membuat kuih beliau akan meminta bantuan saya untuk mengisar beras pulut, kerana pada zaman dahulu alat pengisar tak ada untuk mengisar beras pulut saya guna batu pengisar besar.
Resepi Kuih Onde Onde

Resepi Kuih Buah Melaka


Kuih Onde-onde adalah kuih tradisional yang telah ada sejak turun-temurun. bahkan mungkin kuih ini sudah ada sejak datuk kita masih muda.. ahahaha. kuih ini sangat digemari oleh masyarakat malaysia terutama di Bulan Ramadhan.

kenapa di Bulan Ramadhan Kuih ini sangat popular? sebab kuih ini sangat sesuai untuk juadah minum petang atau berbuka puasa. di Indonesia kuih ini di panggil klepon tetapi di Brunei Ianya di panggil kuih Pancit. walaupun namanya berbeza tetapi kuih ini sebenarnya masih sama dan bahan yang digunakan juga sama sahaja.

yang paling saya suka dari Kuih Buah Melaka adalah untuk menyediakanya tak payah kumpul bahan yang banyak sebab dianya hanya menggunakan bahan yang sedikit sahaja, cara membuatnya juga sangat mudah dan ringkas. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 3 Cawan Tepung Pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan kelapa parut muda
  • 2 keping gula melaka - potong kecil
  • sedikit garam - digaul dengan kelapa parut
  • 4 - 5 helai daun pandan - kisar dengan 1 1/2 cawan air dan tapis
Cara Membuat Kuih Onde Onde


1.  campurkan tepung pulut, tepung gandum, dan air daun pandan sedikit demi sedikit ke dalam sebuah bekas. kemudian bancuh hingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh di gentel.
Resepi Kuih Buah Melaka

2. sementara itu, didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk, ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan dan masukkan gula melaka yang di potong kecil tepat di tengah adunan. selepas itu tutup kemas adunan dan gentel adunan dengan kedua telapak tangan supaya boleh berbentuk bulat.
Resepi Kuih Onde Onde

3. apabila air yang kita rebus tadi sudah mendidih, masukkan bebola tepung dan tunggu ianya sampai timbul. apabila kuih sudah timbul di permukaan air boleh lah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Resepi Kuih Buah Melaka

4. akhir sekali, masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang sudah dicampur dengan sedikit garam, golek-golekkan kuih hingga ianya bersalut dengan kelapa parut dan kuih buah melaka siap untuk di hidangkan.
Resepi Kuih Onde Onde

resepi kuih buah melaka ini sangat mudah jadi apabila anda mencuba membuatnya pasti lah menjadi. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba dan selamat berpuasa.

 

Start typing and press Enter to search