banner here

Resepi Kuih Cakoi Sedap Step By Step

- Rabu, Mei 10, 2017
Adakah kamu tahu kuih cakoi? pernah cuba makan tak? macam mana rasanya, pastilah sedap kan. tetapi artikel saya hari ini tidak akan membuat kamu hanya membayangkan bagaimana lazatnya kuih ini. saya akan mengajak kamu untuk membuat resipi kuih cakoi bersama-sama.

memang best lah kuih ini, setiap hari raya pasti ada orang yang membuat kuih cakoi, biasanya saya memakan kuih ini untuk sarapan pagi. saya pernah makan kuih cakoi yang dijual di dekat area rumah dan memang rasanya sedap dan lembut. membuatkan hati saya ingin cuba try kuih tersebut.
Resepi Kuih Cakoi

Resepi Kuih Cakoi


nasib baik, penjual kuih cakoi mahu berkongsi resepi kepada saya .. hihihi.. memang apabila buat kuih ini leceh sangat itulah sebabnya saya tak selalu buat kuih ini. kuih ini mempunyai pelbagai nama, ada yang panggil kuih cakwey dan ada jugak yang panggil kuih pak tongkol.

biasanya, apabila saya membuat kuih cakoi tak letak baking powder dan baking soda sebab hasilnya kuih cakoi menjadi tidak sedap, keras dan tak lembut. supaya menjadi lembut saya hanya guna yis sahaja. tetapi, sangat berbeza dengan kuih cakoi cina pastilah ianya guna baking powder dan baking soda sahaja. tetapi mengikut pendapat saya guna yis lebih sedap.
Gambar Kuih Cakoi

kuih ini sangat sesuai apabila dihidangkan untuk menu berbuka puasa, jom kita layan resepi yang sedap dan lembut dibawah ini

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 paket yis 11 gram
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • minyak masak secukupnya
Cara Membuat Kuih Cakoi

1. pada satu bekas campurkan air, telur, gula, dan garam kemudian kacau hingga rata dan sebati. sementara itu pada bekas lain campurkan tepung bersama yis dan baking powder gaul hingga sebati. selepas itu masukan minyak masak dan gaul hujung-hujung jari hinga jadi macam serbuk halus.

2. masukkan air campuran gula, dan garam tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan kemudian gaul hingga sebati, aduna nanti akan menjadi lembik dan melekat-melekat.

3. tutup adunan selama lebih kurang 1 jam, selepas itu uli sedikit supaya udara di dalam adunan boleh keluar. kemudian rehatkan lagi adunan selama 30 minit. apabila sudah di rehatkan bahagikan adunan menjadi 2 bahagian berbentuk panjang.

4. kemudian ratakan doh dan bahagikan menjadi bahagian kecil bersaiz panjang 2 cm dan tebal 1 cm. ambil 1 lidi celup dalam air dan tekan di tengah-tengah doh yang sudah dipotong tadi. ambil satu lagi lapisan doh dan letak atas doh yang sudah ditekan lidi tadi. 
Resepi Kuih Cakoi

5. sementara itu panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tekan kembali menggunakan lidi yang sama pada tengah-tengah doh yang dilapisi 2 doh tadi. tarik panjang sedikit dan terus masukkan kedalam minyak yang sudah panas.
Resepi Kuih Cakoi

6. goreng doh hingga masak atau warna mejadi kekuningan dengan menggunakan api sederhana.

sangat ringkas tetapi hasilnya sangat lembut dan gebu kuih ini, apabila resipi kuih cakoi yang saya kongsikan ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda mungkin sahaja mereka memerlukan resepi ini, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search