banner here

Resepi kuih Ketayap Sangat Sedap Sukatan Cawan

- Rabu, Mei 03, 2017
Assalamualaikum semua salam sejahtera saya harap kita semua di di berikan kesihatan oleh allah supaya kita boleh memasak untuk keluarga tersayang. di hari yang sangat istimewa ini sebab I'm birthday saya ingin berkongsi resepi kuih ketayap atau kuih gulung yang lembut dan sedap.

biasanya ketika bulan puasa, saya menyediakan kuih ketayap untuk berbuka puasa. kuih ini adalah salah satu antara kuih tradisional yang sangat digemari dan di minati oleh masyarakat malaysia. macam mana boleh dapat nama ketayap pon tak tahu.
Resepi kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap


kuih ketayap adalah salah satu antara kuih tradisional yang sangat saya gemari. bahkan, saya mula makan dan kenal kuih ini sejak usia masih anak-anak. saya sangat suka resepi ini kerana rasanya yang lembut dengan inti kelapa yang letak di dalam tepung dan rasa manis yang sangat bersesuaian dengan cita rasa saya.

apabila hari biasa saya buat kuih ini untuk sarapan pagi, suami saya sampai terjebak dengan kesukaan saya ini. hihihi.. selalunya apabila saya buat untuk sarapan pagi mesti kita berdua sahaja yang makan kuih itu sampai habis.

sebenarnya, sudah lama saya tak buat kuih ini kerana susah nak dapat kelapa parut ini, memang kuih ini tidak ada dalam senarai menu wajib yang ada setiap minggu. tetapi apabila saya punya masa lebih pasti lah saya buat kuih ini. kerana kuih ketayap adalah kegemaran saya dan suami. apabila saya buat kuih ini anak-anak akan saya buatkan kuih lain sebab di orang tak makan.

saya teringat, pengalaman saya pertama kali buat kuih ketayap memang agak menghampakan, sebab masa saya buat kuih ini tu, saya pakat hentam keromo je cara buatnya. saya anggap, buat kuih ini senang sahaja. macam bancuh nak buat lempeng sahaja kan, macam itulah betapa riaknya saya masa dahulu itu. hihihi
gambar kuih Ketayap

supaya kuih ini sedap yang paling penting adalah inti kelapa parut yang manisnya sesuai dan warnanya macam coklat kehitam-hitaman. tetapi resepi ini simple je dan mudah. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan Inti

  • 2 sdm tepung gandum
  • 1/2 biji kelapa parut - guna putihnya
  • 2 helai daun pandan - simpulkan
  • 1/2 cawan gula merah 
  • 1/2 cawan air
  • garam secukupnya
Cara Membuat Inti

1. panaskan air dalam kuali hingga mendidih kemudian, masukan gula merah, daun pandan, dan garam. masak hingga semua bahan tadi laurt.
Resepi kuih Ketayap

2. selepas itu masukan kelapa parut dan masak kembali (kacau sekali-sekala) hingga airnya kering dan inti sudah dalam keadaan lembab-lembab. 
Resepi kuih Ketayap

3. masukan tepung gandum sedikit demi sedikit kemudian kacau hingga rata dan matikan api, sejukan sekejap.

Bahan-Bahan Kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 helai daun pandan - potong pendek
  • 2 biji telur
  • 2 sdm minyak masak
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukupnya
  • pewarna hijau - opsyenal
Cara Membuat Kuih Ketayap

1. campurkan dan blender santan dengan daun pandan yang sudah di potong pendek tadi kemudian tapikan dan perah. selepas itu campurkan semua bahan kulit ditas tadi kemudian gaul hingga rata.

2. selepas itu kisar adunan hingga sebati boleh guna blender, tetapi apabila anda guna blender adunantak perlu ditapis supaya mengelakkan tepung yang bergentel.
Resepi kuih Ketayap

3. panaskan kuali dan sapukan minyak pada kuali dengan menggunakan api perlahan, kemudian masukkan 1 senduk adunan kedalam kuali dan buat supaya adunan menjadi dadar dengan melayang-layangkan kuali.
Resepi kuih Ketayap

4. angkat apabila sudah masak, tanda sudah masak cukup lihat atasnya sudah berwarna hijau semua. kemudian ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis.

5. bubuhkan inti pada kuih dadar yang sudah maska tadi, caranya ambil 1 sudu inti dan letak diatas kuih. selepas itu ratakan  kemudian  lipat kiri dan kanan, gulung dan kemas. kuih siap untuk dihidangkan.

siapa yang tidak suka dengan kuih ketayap ini, siapapun yang melihat pasti lah memikat selera. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search