banner here

Resepi Kuih Nona Manis Jagung Sedap++

- Jumaat, Mei 12, 2017
Kuih Nona Manis Jagung adalah salah satu antara kuih raya yang paling digemari dan diminati oleh masyarakat Malaysia. kuih ini rasanya sangat sedap cuma untuk membuatnya memang agak rumit. tetapi apabila anda sudah biasa membuat kuih pastilah menjadi.

hari ini mood rajin saya tengah datang. so, terjadi lah kuih nona manis ini walaupun kuih ini agak rumit. rasanya yang manis bercampur lemak masin memang sangat serasi di lidah. walaupun saya membuat kuih ini kejadianya kurang cantik tetapi boleh memuaskan hati saya untuk mencuba merasakan kelazatan nona manis.
Kuih Nona Manis Jagung

Resepi Kuih Nona Manis


yang paling saya suka resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja, jadi tak perlu payah mencari bahan-bahan yang rumit. saya teringat, sebelumnya saya pernah buat sekali kuih nona manis tetapi tak menjadi, tapi alhamdulillah hari ini menjadi dan sedap. mungkin kerana pada masa itu saya memasak dalam keadaan sudah keletihan kerana selepas pagi sampai petang bekerja.
Resepi Kuih Nona Manis

apabila kita ketahui kuih nona manis ini seperti kuih lompang, tetapi hanya bahan-bahan yang digunakan sahaja yang berbeza. apabila anda suka kuih lompang boleh baca resepinya yang sudah saya kongsikan beberapa minggu lepas DISINI.

Suami saya adalah orang Indonesia, jadi satu tahun sekali pasti lah saya melawat ke rumah ibu bapa suami di Indonesia. ternyata kuih nona manis popular jugak di Indonesia sebab Ibu mertua kerap membuat kuih ini.
Resepi Kuih Nona Manis Jagung

apabila anda ingin mencuba resepi ini sila tengok resepinya dibawah ini..

Bahan A

  • 1 biji telur - blender
  • 2/3 cawan santan kotak + 1/3 cawan air ( jadikan 1 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula halus
Satukan tepung gandum, gula, santan, kemudian kacau hingga rata.  masukkan telur yang sudah di blender tadi kemudian kacau sekejap dan ketepikan.

Bahan B
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2/3 cawan jagung dalam tin
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air pandan (5 helai daun pandan, kisar dengan 1/2 cawan air dan tapis)
  • sedikit garam
  • pewarna (mengikut anda suka)
satukan jagung, tepung jagung, gula, sedikit garam dan pewarna selepas itu tuangkan santan bersama air daun pandan, kacau hingga rata.  selepas itu masak dengan api sederhana sampai pekat berkilat dan meletup-meletup. angkat dan biarkan selama beberapa minit.

masukkan adunan A kedalam adunan B kemudian kacau hingga rata dan pekat, anda boleh guna blender apabila ingin hasil yang lebih baik. ketepikan sekejap.

Bahan C
  • 2/3 cawan santan pekat + 1/3 cawan air (jadikan 1 cawan)
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam halus
satukan semua bahan tadi dan masak diatas apai sederhana sambil di kacau sentiasa sampai ianya masak atau pekat. sejukkan sekejap selama beberapa minit kemudian masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik beri lubang)
Resepi Kuih Nona Manis

Cara Membuat Kuih Nona Manis

1. panaskan pengukus sampai air pada pengukus mendidih, supaya mengelakkan air pada kukusan menitis pada kuih boleh guna kain untuk membalut tutup kukusan. siapkan acuan lompang dan saukan dengan sedikit minyak jagung.

2. selepas itu tuangkan adunan pertama hingga 3/4 acuan kemudian paipkan adunan putih tepat di tengah-tengah adunan pada acuan tadi. 

3. akhir sekali, kukus adunan selama lebih kurang 10 minti atau hingga masak dan apabila sudah masak angkat, biarkan sejuk sekejap kemudian keluarkan dari acuan dan hidangkan.

Resepi Kuih Nona Manis

resepi kuih nona manis jagung ini memang agak rumit tetapi apabila anda sabar dalam mebuatnya pasti lah menjadi. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search