banner here

Resepi Kuih Sopang Paling Sedap dan Mudah

- Isnin, Mei 08, 2017
Assalamualaikum, Welcome to My Island ...hihihi... salah lah maksud saya selamat datang di blog saya yang sederhana ini, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih sopang atau biasa di panggil sepang jugak. adakah anda sudah bersedia menyambut bulan puasa yang 2 minggu lagi akan datang?

saya sangat suka apabila bulan puasa tiba sebab ianya adalah bulan paling istimewa dari semua bulan yang ada dalam 1 tahun. apa-apa perkara yang kita lakukan boleh menjadi pahala sampai tidur pun boleh mendapat pahala.
Resepi Kuih Sopang

tetapi, yang paling saya suka pada bulan puasa adalah keluarga saya menjadi sering berkumpul bersama, makan sahur bersama, berbuka puasa bersama, dan pergi ke masjid pun bersama-sama. hihihi...

Resepi Kuih Sopang


okay, kembali ke resepi, kuih sopang ini adalah salah satu kuih tradisional yang banyak digemari terutama di negeri sembilan kuih ini sangat popular untuk dijadikan menu hidangan istimewa pada hari perayaan. tetapi, untuk golongan muda sepertinya kuih ini kurang diminati sebab ianya dianggap leceh untuk dimakan dan apabila tidak berhati-hati ketika memakanya pasti lah perlu membasuh tangan nanti.

kuih ini dibuat daripada tepung pulut, gula melaka dan pisang kemudian untuk inti ianya menggunakan kelapa parut muda dan dihidangkan dengan kuah santan pekat. yang paling aneh adalah ramai orang menganggap kuih sopang ini adalah kuih badak tetapi sebenarnya ianya sangat berbeza.

apanya yang berbeza? dari cara memasak sampai rasanya semuanya berbeza. mungkin yang sama hanya bentuknya sahaja. saya teringat dahulu ibonda saya selalu buatkan kuih ini masa puasa, rindunya jaman dahulu tu..
Resepi Kuih Sopang

oke, tak usah banyak cakap jom kita layan resepi kuih sopang yang sangat sedap dari negeri sembalan ini....

Bahan-Bahan

  • 1 packet tepung pulut (1 kg)
  • 1 biji kelapa - ambil santan 250 ml 
  • 50 ml air
  • garam secukupnya
Bahan-Bahan Inti
  • 1 biji kelapa parut muda
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 2 helai daun pandan - ikat
Cara Membuat Kuih Sopang

1. kita mula dengan membuat inti dahulu, satukan semua bahan dalam kuali dan masak menggunakan api perlahan hingga ianya masak atau warnanya menjadi kekuningan.

2. campurkan tepung pulut, sedikit garam dan air kemudian gaul hingga sebati. ambil 2 sudu adunan kemudian bulatkan dan leperkan (macam membuat karipap). lepas itu masukkan inti kelapa tadi dan tutup tepi. 
Resepi Kuih Sopang

3. supaya kuih tidak melekat ketika di kukus boleh dilapik menggunakan daun pisang atau sapukan minyak terlebih dahulu pada loyang. kemudian susun kuih tadi pada loyang.

4. sementara itu, pada bekas lain gaul santan dengan sedikit garam kemudian curahkan ketas kuih sopang yang sudah disusun tadi.
Resepi Kuih Sepang

5. akhir sekali, kukus kuih selama lebih kurang 20 minit atau hingga ianya masak. angkat dan hidangkan.

sangat sedap dan ringkas sahaja resepi kuih sepang ini, saya memaqng menggemari resepi yang ringkas macam ini kerana tak memakan banyak masa. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search