banner here

Resepi Pau Kukus Gebu Sukatan Cawan++

- Ahad, Mei 28, 2017
Assalamualaikum salam sejahtera semua, sebelum saya mula kongsikan resepi pau kukus gebu sukatan cawan ini, saya ingin ucapkan selamat berpuasa untuk anda kawan-kawan muslim. hari ini adalah hari ke-2 saya berpuasa dan badan terasa sangat penat. mungkin kerana sudah lama tidak berpuasa jadi tubuh kita masih menyesuaikan diri.

seperti biasa blog ini selalunya bercerita mengenai tips resepi yang diambil dari pengalaman saya sendiri, kawan-kawan group masakan, dan kawan blogger. seminggu lepas aku tercari-cari resepi pau kukus gebu nak dicuba, saya cuba tengok kat cik google... terlampau banyak resepi malah membuat kepala pening.
Pau Gebu Sukatan Cawan

Resepi Kuih Pau Kukus


kenapa saya tercari-cari resepi ini? sebab saya ingin berbuka puasa dengan kuih pau, tak tahu kenapa saya ingin cuba mungkin kerana sudah lama saya tidak makan kuih pau. selepas saya cari resepi ini, akhirnya saya dapati di grup resepi yang saya ikuti..

sebenarnya, adunan pau dan adunan roti sama sahaja bezanya cuma pau dimasak dengan cara dikukus itulah kenapa kuih pau lebih lembut berbanding roti. tetapi kedua-duanya masih menggunakan yis sebagai bahan penaik.

Kuih Pau merupakan makanan tradisi masyrakat Cina yang dibawa oleh kaum haninan ke wilayah Asia Tenggara termasuk Malaysia. jadi kuih pau boleh dikatakan sudah menjadi salah satu makanan paling digemari di Malaysia. kami sekeluarga sangat suka makan pau tetapi saya jarang-jarang buat kerana sibuk dan malas hihihi..
Resepi Pau Kukus Gebu

resepi kuih pau yang saya kongsikan ini sangat gebu dan lembut, sangat sesuai untuk anda yang mahu belajar membuat pau tetapi hasilnya tetap cantik. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 cawan air @
  • 2 sudu makan susu pekat manis @
  • 1 biji telur @
  • 1/2 cawan minyak masak @
  • 11 gm yis @
  • 1 sudu makan gula @
  • sedikit garam @
  • Inti pilihan anda (boleh guna inti kelapa atau sardin kentang)
Cara Membuat Pau Kukus

1. ayak tepung gandum dan baking powder pada mangkuk besar. sementara itu campurkan semua bahan yang bertanda (@) dan kacau hingga semua bahan larut.

2. masukkan tepung gandum yang sudah di ayak tadi sedikit demi sedikit sabil terus kacau, kacau hingga menjadi adunan lembut doh yang lembut dan tidak melekat di tangan kemudian biarkan selama 5 minit.

3. ambil sedikit adunan, kemudian leperkan dan masukkan inti kedalam adunan tersebut. kemaskan dan alaskan dengan kertas minyak yang di potong kecil, selepas itu susun dalam loyang dengan jarak sedikit.
Resepi Pau Kukus Gebu Sukatan Cawan

4. panaskan air pada pengukus terlebih dahulu dan bila sudah mendidih kukus pau selama lebih kurang 10 minit. ingat! balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis pada pau.

5. akhir sekali, angkat dan sejukkan sekejap, sipa untuk dihidangkan...

resepi pau kukus gebu sukatan cawan yang sangat mudah, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawa atau keluarga anda, selamat mencuba.


 

Start typing and press Enter to search