banner here

Resepi Agar- Agar Santan Gula Merah Mudah++

- Sabtu, Jun 17, 2017
Assalamualaikum salam sejahtera semua, selamat datang di blog usiamuda.com diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu, hari ini saya nak kongsikan resepi agar-agar santan gula melaka yang sangat mudah lagi sedap.

apabila bulan puasa tiba macam time ini saya selalu buat sebagai menu berbupa puasa. biasanya agar-agar santan gula merah dihidangkan sebagai menu pencuci mulut atau disediakan apabila anda merancang untuk jamjian atau kenduri.

agar-agar ini paling sedap apabila dimakan ketika ianya sejuk rasanya mmmm aduhai sejuk di mulut. anak-anak saya sangat menggemari agar-agar santan inidan apabila buat satu adunan ni memang kami anak beranak je yang habiskan.

Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka


teringat masa kecil-kecil dulu apabila ada kenduri-kenduri di rumah orang agar-agar inilah yang kerap saya jumpai dan mungkin semua masyarakat Malaysia sudah tahu agar-agar santan gula melaka ini.

sebenarnya, sudah 2 minggu lepas saya tak kongsikan apapun kat blog ini bukan kerana malas tetapi tidak ada masa untuk menulis dan bermain laptop. sebab memasuki bulan ramadhan saya sibuk kerja dan mesti bangun pagi menyiapkan menu sahur untuk keluarga.

penat sangat rasanya tetapi juga ada rasa berbangga boleh sahur bersama keluarga, hari ini untuk pertama kali saya ingin berkongsi resepi agar-agar kerana sebelum ini saya hanya berkongsi kek dan kuih muih sahaja.

dulu apabila ibonda saya membuat agar-agar ini mesti menggunakan kelapa parut yang diperah dengan sebiji, tetapi zaman sekarang semuanya sudah dipermudahkan sebab kita boleh guna santan kotak, lebih ringkas dan mudah.

okay, tak perlu banyak cakap izinkan saya berkongsi resepi agar-agar santan gula melaka ini, resepi ini sangat mudah tetapi cara-caranya mesti betul ya. jom kita kongsikan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 1 packet serbuk agar-agar (10gm)
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur - masukkan dalam santan dan kocak dengan garfu
  • 100 ml santan pekat + 150 ml air = 250 ml
  • secubit garam
Bahan-Bahan Air Gula
  • 1 ketul gula melaka (200 gm) - diracik halus (boleh guna gula merah)
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan - simpulkan
  • 1/4 cawan gula pasir
Cara Membuat Agar-Agar Santan Gula Melaka

#1. mula masak 2 cawan air bersama gula melaka yang sudah diracik halus, gula pasir, dan daun pandan. masak hingga mendidih sambil terus kacau dan apabila sudah mendidih angkat dan tapiskan jadikan 2 cawan.

#2. sementara itu dalam periuk lain masak 2 cawan air dicampur dengan serbuk agar-agar hingga mendidih. lepas itu masukkan 2 cawan air tapisan gula melaka tadi dan masak lagi hingga mendidih dengan kacau selalu.

#3. dengan menggunakan api kecil masukkan santan yang dicampur telur dan secubit garam kemudian masak lagi menggunakan api sederhana dan tunggu hingga ianya menggelegak.

#4. bila sudah menggelegak biarkan sekejap selama lebih kurang 2 minit tetapi tetap kacau selalu supaya mengelakan adunan membuak dari periuk.

#5. siapkan acuan kemdian basahkan acuan dengan air, selepas itu tuangkan adunan agar-agar dan biarkan ianya menjadi keras, apabila ingin mendapatkan agar-agar yang sejuk boleh simpan dalam peti ais.

Tips 

#. Selepas memasukkan santan dalam periuk biarkan sahaja adunan menggelegak lebih lama lebih kurang 2 minit atau boleh juga selepas memasukkan santan, bila adunan mula menggelegak boleh kuatkan api hingga adunan menggelegak kuat tetapi mesti kacau selalu supaya adunan tidak membuak keluar dari periuk.

apabila anda suka lapisan santan lebih tipis boleh kurangkan kuantiti santan dalam resepi, apabila resepi agar-agar santan gula melaka ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search