banner here

Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Sedap

- Jumaat, Jun 02, 2017
Salam semua jumpa lagi di usiamuda.com salah satu antara blog sederhana yang berkongsi resepi untuk anda semua, hari ini saya ingin berkongsi salah satu antara kuih tradisi melayu yang sangat digemari terutamanya apabila bulan ramadhan iaitu resepi kuih cara.

yang paling menarik dari kuih ini adalah lembut dan berlemak juga ada rasa garing dan pedas secara bersamaan, rasa garing adalah kerana dari bawang goreng dan rasa pedas adalah dari cili. mungkin ini adalah kuih yang paling berbeza kerana cuma kuih cara yang memiliki rasa pedas.
Resepi Kuih Cara Manis

Resepi Kuih Cara


bulan puasa kali ini diiringi oleh cuaca yang tidak menentu kejap panas kejap hujan. keadaan cuaca yang macam ini boleh menyebabkan badan kita kurang fit. tengok lah saya kerana cuaca yang tidak menentu saya menjadi terkena penyakit batuk dan selsema. padahal saya juga tengah berpuasa dan badan menjadi lemah dari biasanya.

kembali ke resepi, kuih cara adalah salah satu kegemaran saya selain kuih lapis dan kuih kapit inti coklat. biasanya saya menyediakan kuih ini sebagai menu berbuka puasa dan apabila rakan-rakan mencari idea untuk berbuka puasa boleh lah ikut resepi kuih cara yang saya kongsikan ini.

sebelum ke resepi, kerana kuih ini adalah salah satu kuih tradisi kita mungkin anda sudah tahu resepinya dan pasti lah pernah mencuba nya juga. selalunya kuih ini berwarna hijau dan semestinya berperisa pandan. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa fresh
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • gula pasir - untuk inti
  • sedikit minyak masak - untuk lenser acuan
Cara Membuat Kuih Cara Manis


1. mula panaskan acuan diatas dapur, sementara itu kisar daun pandan bersama santan dan tapis. selepas itu campurkan dengan tepung gandum, telur, pewarna, garam dan kacau hingga sebati. untuk memastikan adunan tidak berketul boleh tapis kan.
Resepi Kuih Cara

2. lenserkan minyak pada acuan yang sudah dipanaskan tadi kemudian masukkan adunan ke dalam acuan. untuk lenserkan minyak boleh guna daun pandan yang dilipat, diracik dan diikat hujungnya.
Resepi Kuih Cara Manis

3. masukkan sedikit gula di tengah kuih kemudian tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. selepas itu masak menggunakan api perlahan hingga kuih masak.

4. akhir sekali, apabila sudah masak angkat dan keluarkan kuih dari acuan dan lekatkan sepasang-sepasang.
Resepi Kuih Cara

saya sangat menggemari kuih tradisi macam kuih cara manis ini dan saya harap resepi ini boleh menjadi rujukkan buat anak-anak saya di masa hadapan. apabila resepi kuih cara ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search