banner here

2 Resepi Puding Roti (Kukus dan Bakar) Sangat Sedap

- Selasa, Julai 25, 2017
Hari ini sangat panas dan membuatkan keringat saya terus menitis, rasanya sangat malas untuk bergerak ke dapur apabila panas macam ini. saya bersiar menuju ke peti ais dan mengambil minuman sejuk. sambil minum saya teringat anak-anak kelmarin meminta saya untuk menyediakan puding roti selepas mereka balik ke sekolah.

Baca Juga : Resepi Puding Milo Lapis Oreo 

kerana saya sudah berjanji kepada anak-anak, saya tak punya pilihan lain selain menuju ke ke dapur. saya tengok semua bahan ada kerana saya sudah membelinya kelmarin di Hypermaket. memang sebenarnya saya sendiri sudah lama memendam rasa ingin berkongsi puding roti di blog ini.
Resepi Puding Roti

Resepi Puding Roti


entry ini berbeza sikit dengan entry sebelumnya kerana saya akan berkongsi 2 resepi sekali gus. iaitu resepi puding roti bakar dan kukus. saya sendiri lebih menggemari versi kukus daripada versi bakar. tetapi anak-anak lebih menggemari puding yang dibakar.

alhasil, saya mesti menyediakan kedua-duanya. bernasib baik apabila anda menggemari kedua nya kerana anda boleh mencuba hari ini versi bakar dan esok hari boleh cuba versi kukus. hihihi.. saya pertama kali menyediakan puding roti ialah sewaktu saya belum berkahwin.

saya menyediakanya menggunakan resipi yang diberi oleh sahabat saya Risa Aishah. ceritanya bermula sewaktu pulang sekolah saya berkunjung ke rumah Risa dan Risa menghidangkan puding roti kepada saya. rasanya sangat lembut dan sedap dia cakap puding roti tu dia buat sendiri.. huhuhu memang pandai sahabat saya tu..
Bahan Puding Roti

dari situ saya mula teringin nak membuatnya sendiri, masih ingat saya & Risa sampai membeli bahan-bahan bersama, jom kita tengok resepi yang saya guna hari ini, saya juga membuat 2 versi iaitu bakar dan kukus. anda boleh cuba sesuai selera...

A. Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-Bahan

  • 7 keping roti gardenia - potong cube
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 kotak kecil kismis
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • secubit garam
Cara Membuatnya

#1. panaskan susu hingga hampir mendidih kemudian masukkan mentega/butter, garam, gula, dan roti kemudian kacau hingga rata. rehatkan sekejap hingga adunan sejuk. 
Resepi Puding Roti (Kukus dan Bakar)

#2. selepas tu masukkan telur, esen vanilla, dan kacau hingga rata. siapkan loyang dan sapukan mentega di sekeliling loyang tersebut. tuangkan adunan puding pada loyang dan taburkan kismis yang sudah anda siapkan tadi.
Resepi Puding Roti (Kukus dan Bakar)

#3. akhir sekali, bakar adunan pada oven bersuhu 180"C selam lebih kurang 30 minit. kalau risau hangit boleh sesuaikan adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu tak masak lagi, masukkan semula tambah minit.. apabila sudah maska sedia untuk dihidangkan..

puding roti versi bakar memang lebih sedap apabila dihidangkan bersama sos kastard dan saya juga berkongsi resepi sos kastard di bawah ini..

Bahan-Bahan Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula halus
Cara Membuatnya

#1. campurkan semua bahan tadi pada bekas kemudian kacau hingga sebati. apabila adunan sudah rata masukkan kedalam periuk dan panaskan menggunakan api sederhana.


#2. masak hingga adunan menjadi pekat.. kemudian angkat dan sejukkan.. sedia untuk dihidangkan..

memang mudah lah menyediakan puding ini dan sekarang adalah versi kukus, tetapi sebenarnya cara-caranya sama sahaja yang berbeza hanya di last process. anda boleh semak dibawah ini..

B. Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-Bahan

  • 4 keping roti - potong cube kecil
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit kismis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuatnya


#1. masukkan susu, telur, esen vanilla, gula di dalam sebuah bekas kemudian kacau adunan hingga sekata.
Resepi Puding Roti (Kukus dan Bakar)

#2. siapkan loyang dan sapukan butter di sekeliling loyang. susun roti yang di potong tadi kedalam loyang. selepas tu tuangkan adunan ke atas susunan roti dan taburkan kismis.
Resepi Puding Roti (Kukus dan Bakar)

#3. kukus adunan dengan menggunakan api sederhana selama lebih kurang 30 minit. tetapi pastikan air pada pengukus sudah mendidih terlebih dahulu. angkat dan sejukkan (boleh masukkan peti ais) kemudian hidangkan.
Resepi Puding Roti (Kukus dan Bakar)

semua kata sedap puding roti bakar dan kukus ni.. sangat seronok.. nanti kalau ada masa pasti saya buat lagi puding roti ini untuk anak-anak.. okay, sampai jumpa di entry seterusnya ye..

 

Start typing and press Enter to search