banner here

Resepi Biskut Famous Amos Paling Sedap++

- Selasa, Julai 04, 2017
Assalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi resepi biskut famous amos yang sangat sedap dan ringkas je, saya adalah penggemar biskut dan hampir semua biskut saya suka. bahkan, kebanyakan entry yang saya kongsikan di blog ini adalah resepi biskut.

pada weekend ini, terajin pula aku nak buat biskut. disebabkan sudah lama sangat rasa tak makan biskut famous amos, sebenarnya banyak kedai yang jual biskut ni tetapi harganya mahal sebab bayar RM10 hanya dapat sikit je.
Resepi Biskut Famous Amos

Resepi Biskut Famous Amos


saya teringat hari raya Aidil Fitri beberapa hari lepas, banyak saya sediakan biskut dan kuih muih sebab banyak kawan dan saudara yang melawat dan salah satu diantaranya adalah biskut famous amos ini.

semua biskut saya buat sendiri sebab apabila beli pasti lah mahal dan saya duit. resepi ini sangat sedap dan pada pendapat saya biskut ini setanding dengan biskut famous amos yang mahal itu. jadi walaupun saya sangat menggemarinya saya tak mau keluar duit untuk membeli biskut ini.

biasanya saya hanya makan biskut famous amos yang dibeli oleh saudara.. hihihihi.. saya tengok kat cik google sudah banyak yang kongsikan resepi ini dan salah satu antara resepi yang saya suka adalah resepi dari mylovelyfamily-ana.blogspot.com sebab sangat menggoda hati saya untuk ikut mencuba resepi ini.

sebenarnya, saya sudah lama menyalin resepi ini yang dikatakan resepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. dikatakan pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan isu yang ditangani oleh pihak famous amos. akhirnya pelanggan tersebut marah dan bertindak dengan cara menyebarkan resepi biskut famous amos di laman web.

resepi ini sangat mudah siapa-siapa yang nak cuba dipersilakan, selain dari walnut supaya lebih sedap anda boleh juga memasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari. sesuaikan dengan kreativiti anda. jom kita layan resepinya dibawah..
Resepi Biskut Famous Amos

Bahan A

  • 1 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak - boleh guna 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kaster
  • secubit garam
  • 1 sudu besar susu segar - susu tepung
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
  • 4 cawan tepung gandum - ayak
  • 2 sudu besar tepung jagung - ayak
  • 2 sudu besar serbuk koko - ayak
  • 1 sk cream of tartar - boleh ganti dengan 1 sk cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1/2 cawan walnut cincang
Cara Membuat Biskut Famous Amos


#1. blend kering gula perang terlebih dahulu sebab dianya agak kasar kemudian campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar dan gaul hingga menjadi sebati menggunakan whisk.

#2. selepas itu, ayak tepung gandum bersama tepung jagung, serbuk koko, cream of tartar, dan soda bikarbonat. kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tersebut kedalam bahan A sedikit demi sedikit.

#3. kacau adunan menggunakan spatula dan selepas itu masukkan walnut cincang dan chocolate chips dan kacau lagi hingga adunan lembik.

#4. siapkan loyang kemudian ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan, taruh adunan yang sudah menjadi bulat tadi diatas loyang dan sesuaikan jarak setiap adunan sebab apabila dibakar biskut nanti kembang.
Resepi Biskut Famous Amos

#5. akhir sekali, panaskan oven pada suhu 160"C kemudian bakar biskut selama kurang lebih 20 minit atau hingga masak.. bergantung pada oven juga. angkat.. sejukkan dan siap untuk dihidangkan.
Resepi Biskut Famous Amos

resepi biskut famous amos ini mudah je kan dan apabila bermanfaat sila korang share kepada kawan atau saudara anda. sampai jumpa di resepi sedap selanjutnya.

 

Start typing and press Enter to search