banner here

Resepi Lontong Johor Sedap dan Mudah

- Jumaat, Julai 14, 2017
hari ini adalah hari sabtu, matahari bersinar cerah dan langit berwarna biru sangat melegakan hati dan menjadikan saya teruja untuk bergerak. di hujung minggu ini saya ingin berkongsi resepi lontong johor yang sangat sedap.

adakah anda tak tahu lontong? saya percaya semua orang tahu apa tu lontong. apabila anda tak tahu saya bagi tahu terlebih dahulu. lontong adalah sejenis nasi himpit seperti ketupat yang dimasak dalam daun pisang berbentuk silinder.

untuk membuat lontong biasanya direbus terlebih dahulu selama 3 - 4 jam dan caramenghidangkanya sendiri adalah dengan dicampur dengan kuah lodeh serta bahan-bahan lain seperti telur rebus, sambal tumis, serunding, apabila disingapura biasanya ianya disediakan bersama bergedil tetapi apabila di Indonesia lontong disediakan bersama keropok dan bahan lain.
Resepi Lontong Johor

Resepi Lontong Johor


mungkin ini adalah kali pertaama saya berkongsi resepi yang berasaskan nasi, padahal sebelumnya biasanya saya hanya berkongsi resepi kuih muih, kek dan biskut sahaja. tetapi memang matlamat saya menjadikan blog ini adalah untuk berkongsi resepi apa saja yang saya tahu. jadi tidak menutup peluang di masa hadapan saya juga berkongsi resepi mee, sapghetti dan ayam.

resepi lontong johor sangat sesuai disediakan di hujung minggu sebagai menu keluarga, sebenarnya saya tak ada rancangan untuk membuat resepi ini tetapi alkisahnya hari ini dua anak bujang pulang bercuti dan suami saya juga off. jadi saya manfaatkan masa yang baik ini untuk menyediakan juadah buat keluarga.

resepi lontong johor ini memang sangat sedap tetapi memang untuk membuatnya payah sikit, pertama anda buat serunding terlebih dahulu kemudian buat sambal tumis ikan bilis lepas tu baru masak kuah lontong sayur lodeh.

supaya tidak memakan masa anda jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan

  • Lontong daun pisang secukupnya (boleh guna nasi impit atau ketupat)
  • sambal tumis ikan bilis (boleh guna sambal kacang)
  • serunding
  • telur rebus secukupnya
A. Cara Membuat Lontong Daun Pisang
Resepi Lontong


Bahan-Bahan

  • Beras berkualiti baik secukupnya (rendam selama 1 jam)
  • Daun pisang secukupnya (panaskan hingga layu lalu potong sesuai selera)
  • Daun pandan 1 helai (potong-potong)
  • Air sejuk dan air panas secukupnya
  • Lidi untuk menyemat secukupnya

Cara Membuat Lontong Daun Pisang

#1. siapkan 2 helai daun pisang kemudian bentuk menjadi silinder, pada salah satu hujung silinder sematkan lidi. kemudian masukkan berasa yang sudah direndam tadi ke dalam daun pisang yang berbentuk silinder sebanyak 1/2 sahaja. semat hujung satunya lagi dengan lidi.

#2. ulangi proses tadi hingga siap semua kemudian susun ke dalam kukusan, masukkan air dan tambahkan daun pandan yang sudah dipotong-potong. kemudian rebus  terendam selama 2 jam, kemudian tambakan air panas dan rebus kembali hingga lontong masak padat dan kenyal.

#3. apabila sudah masak angkat dan toskan dan lontong siap untuk dihidangkan..

B. Cara Membuat Kuah Lodeh
Kuah Lodeh

Bahan-Bahan

  • 5 tangkai kacang panjang - hiris serong
  • 1 cekak soo hoon, cuci bawah air paip, dan kerat pendek
  • 2 keping tauhu, dipotong kiub
  • 2 helai daun salam (optional)
  • 2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub
  • 1 biji terung ungu saiz sederhana, dipotong kiub dan rendam
  • 1 biji kentang, kupas dan potong kiub
  • 1 batang lobak merah saiz kecik - hiris nipis
  • Tauhu kering @ fucuk selebar 2 tapak tangan, dipotong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1/4 bahagian kubis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
  • 1/2 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong kecil, rendam
  • 800 ml pati santan
  • 1.5 liter santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air panas jika perlu
Bahan Kisar Halus
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 buah keras - hiris
  • 1 genggam udang kering - cuci rendam dan toskan
  • 1 inchi kunyit hidup
Cara Membuatnya

#1. panaskan 5 camca besar minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus hingga harum, lepas tu masukkan daun salam (jika guna) masukkan santan cair kacau sekejap dan biarkan hingga mendidih.

#2. masukkan kentang, tempe, lobak merah, sengkuang, tauhu kering kemudian kacau hingga rata dan maska hingga bahan tadi menjadi lembut.

#3. masukkan terung, kacang panjang, kobis, dan kacau lagi hingga rata, masak hingga air kuah menggelegak. selepas itu masukkan soo hoon dan tuangkan pati ayam. kacau perlahan dan biarkan sekejap.

#4. perasakan dengan gula dan garam secukupnya. kemudian masak hingga mendidih sambil kacau perlahanan, apabila sudah masak boleh angkat.

untuk bahan serunding dan sambal tumis ikan bilis anda boleh cari di cik google sebab sudah banyak yang kongsikan resepi tersebut. dan apabila semua bahan sudah siap sekarang anda boleh langsung untuk menyediakanya.

Cara Membuat Lontong Johor Sedap
Resepi Lontong Johor Sedap

#1. potong lontong menjadi bebebrapa bahagian kemudian masukkan kedalam mangkuk yang sesuai. tuangkan kuah lodeh bersama isinya sekali. 

#2. masukkan sambal tumis, serunding dan telur rebus diatasnya dan lonotng johor siap untuk dihidangkan.

biasanya lontong johor ini saya sediakan untuk sarapan pagi dan menu hidangkan tengah hari, semua keluarga saya sangat suka dengan masakan ini. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan dan keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search