banner here

Resepi Murtabak Ayam Simple dan Paling Sedap

- Khamis, Julai 20, 2017
Resepi Murtabak Ayam Sedap ini saya dapat dari kawan saya di kedah, kata kawan saya tu resepi ini sudah sangat tersohor dan apabila kat pasar malam tu memang laris tak perlu masa terlalu lama sudah habis.

sebelum saya mula untuk berkongsi saya ingin ucapkan salam sejahtera untuk semua kawan yang sudi singggah di blog saya yang sederhana ni, saya harap kita semua diberikan kesihatan sehingga boleh memasak untuk keluarga tercinta.

seperti yang kita tahu murtabak adalah salah satu antara makanan yang sangat digemari oleh masyarakat kita dan apabila bulan Ramadhan tiba resepi murtabak ayam ini banyak dicari sebagai menu berbuka puasa.
Resepi Murtabak Ayam Simple

Resepi Murtabak Ayam


saya sendiri adalah penggemar murtabak ini, sebenarnya banyak macam murtabak yang saya tahu ada murtabak daging, murtbak telur, murtbak cheese dan murtbak ayam yang akan saya kongsikan ini, semua makanan tersebut sangat sedap dan dari semua murtabak tersebut murtabak ayam adalah yang paling saya gemari.

apabila anda belum pernah cuba buat murtabak mungkin anda akan berfikir susah sangat, padahal sebebarnya tak susah sebab adunan untuk kulitnya sama seperti kita membuat roti canai, juga apabila anda buat sendiri di rumah boleh berkreativiti dengan letak bawang jeruk dan inti yang lebih special.
Resepi Murtabak Ayam

saya sendiri kurang suka apabila membeli murtabak di kedai sebab banyak pewarna yang diletakkan oleh si penjual. jom kita layan resepi murtabak ayam yang simple dan sedap dibawah..

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/4 cawan air panas (boleh tambah atau kurangkan apabila adunan terlalu keras)

Cara Membuatnya

#1. campurkan semua bahan diatas tadi kedalam mangkuk pengadun atau bekas yang sesuai kemudian uli doh hingga sebati (tambahkan atau kurangkan air apabila adunan keras).

#2. terus uli adunan hingga menjadi adunan yang elastik selepas tu rehatkan selama lebih kurang 30 minit. tutup adunan dengan kain lembab supaya wap panas adunan tak hilang.

#3. bentuk adunan menjadi bebola kecil seberat 80gm kemudian sapukan semua bebola tadi dengan minyak masak. perap bebola selama lebih kurang 2 jam dan bentuk nipis-nipis macam membuat roti canai.

#4. masukkan inti murtabak dan lipat tutup balik supaya inti tidak keluar ketika di goreng, goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.

Bahan-Bahan Inti

  • 3 cawan daging ayam cincang
  • 2 labu bawang besar - dotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 5 biji telur
  • 2 biji kentang - potong dadu
  • 4 sudu besar rempah kari
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Inti

#1. tumis bawang putih bersama bawnag besar hingga harum kemudian masukkan kentang, daging ayam cincang dan kari.

#2. masak hingga semua bahan tadi lembut kemudian perasakan dengan gula dan garam secukupnya, masak lagi sekejap kemudian matikan api, campurkan dengan telur tadi dan kacau hingga sebati.

Jeruk Bawang
rasanya kurang lengkap apabila membuat murtabak tanpa jeruk bawang jadi akan lebih sedap apabila murtbak ayam disediakan bersama dengan bahan ini.

Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang besar - hiris halus
  • 2 sudu besar cuka
  • sedikit gula dan garam
  • beberapa titis pewarna merah - optional
  • 1 sudu besar air
mara membuatnya sangat mudah iaitu campurkan semua bahan kemudian gaul dan perap seketika dan apabila sudah menjadi boleh lah hidangkan bersama murtabak tadi.
Resepi Murtabak Ayam

mudah sahaja kan resepi murtabak ayam ini, apabila bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search