banner here

Resepi Puding Karamel Gula Hangus Mudah dan Sedap

- Ahad, Julai 30, 2017
Salam sejahtera buat semua pengunjung usiamuda.com hari ini saya nak berkongsi resepi puding karamel. dalam banyak resepi karamel saya sangat suka resepi ni sebab dianya tak guna banyak telur. jadi boleh dicuba bagi mereka yang berpantang.

sebenarnya, antara puding yang menjadi kegemaran ramai ialah puding karamel gula hangus. tengoklah apabila bulan ramadhan tiba macam beberapa minggu lepas. banyak ibu-ibu yang tercari-cari resepi puding sebagai rujukan sebagai menu berbuka puasa.
Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel


sebagai blogger saya sangat suka apabila bulan ramadhan tiba sebab resepi yangsaya kongsikan boleh memberikan manfaat untuk ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik diluar sanan yang tengah mencari resepi.. bahkan traffick blog ini mencecah hingga 3 - 4 kali ganda dari hari-hari biasa. memang memang tak ada yang lebih menjadikan saya bahagia sebagai seorang blogger Selain daripada entry yang saya tulis boleh bermanfaat dan terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan.

kembali ke resepi, puding karamel sebenarnya ada 2 versidianya ada yang guna telur dan tanpa telur.. tetapi, resepi yang saya kongsikan ini guna sedikit telur.. jadi saya minta maaf bagi mereka yang berpantang tidak boleh mencuba resepi ini..

Cuba Resepi Puding Lain Juga :

yang paling saya saya suka dari resepi ini rasanya sangat lembut, licin, dan manis yang sedang-sedang sahaja. lagi sedap apabila dimakan sejuk-sejuk.. perrghh macam lembutnya taufufa kat pasar selalu tu. 
Resepi Puding Karamel Gula Hangus

buatnya pon sangat senang je, tak berbaloi beli puding karamel di lur. jom kita layan resepi yang sedangat lembut dan sedap dibawah.....

Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair {400 ML}
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 ML air
  • 4 biji telur
Bahan Karamel (Gula Hangus)
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara Membuat Puding Karamel

#1. masukkan 5 sudu gula dan 2 sudu air ke dalam kuali kemudian masak atas api kecil hingga keperangan. selepas tu tuangkan karamel tadi kedalam loyang yang sesuai. sejukkan sekejap.
kemudian masukkan telur dan kacau perlahan menggunakan whisker hingga sebati dan gula larut.
Resepi Puding Karamel

#2. sementara itu, campurkan susu dan esen vanilla dalam periuk kemudian masak menggunakan api sederhana. masak sekejap je hingga suam-suam kuku tak perlu sampai mendidih.
Resepi Puding Karamel Gula Hangus

#3. kemudian tapis dan tuang susu yang dimasak tadi kedalam adunan telur dan gula hangus. tuangkan sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan. tutup loyang guna alumunium foil.

#4. akhir sekali, pastikan air pada pengukus sudah mendidih kemudian kukus puding menggunakan api sederhana selama 30 minit atau hingga masak. tanda puding karamel sudah masak ialah dianya tak lembik. apabila sudah masak angka dan sejukkan dalam peti ais kemudian siap di hidangkan.
Resepi Puding Karamel

apabila anda ingin lebih cantik boleh hias ikut kreativiti. demikianlah resepi puding karamel gula hangus yang saya kongsikan, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search