banner here

Resepi Puding Milo Lapis Oreo Sukatan Cawan Sedap

- Isnin, Julai 24, 2017
Hello semua salam sejahtera hari ini aku nak kongsikan salah satu antara dessert yang paling saya suka iaitu resepi puding milo lapis oreo, apabila bulan ramadhan tiba pasti saya menyediakan puding milo ni untuk menu berbuka puasa dan alhamdulillah my husband dan anak-anak suka juga.

sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi puding milo lapis oreo ni, tetapi baharu hari ini terdapat peluang untuk menulis di blog. makanan ini sangat digemari oleh masyarakat Malaysia kerana rasanya yang nyaman dan sejuk kat tekak.
Resepi Puding Milo Lapis Oreo

Resepi Puding Milo Lapis Oreo


selain sebagai menu berbuka puasa, biasanya saya menyediakan agar-agar atau puding untuk di makan tengah hari nanti, di tengah hari yang panas memang paling sedap apabila makan makanan yang sejuk kan .. hehehhe

saya teringat kali pertama saya mencubanya saya fikir susah rupanya mudah je.. dan saya percaya anda pasti boleh menyediakan juga sekalipun anda tidak pernah membuat puding sebelum ini. sebelum mula ke resepi saya hairan dengan kawan blogger yang boleh update entry setiap hari, sedangkan saya untuk update entry setiap 2 hari je rasanya susah pun... mungkin saya dah terjejas penyakit cemburu .. hihihi..
Resepi Puding Milo Lapis Oreo

saya memang orang yang sibuk (bekerja dan mengurus rumah tangga) dan tidak memiliki waktu lebih untuk berlama-lama di depan laptop. jadi saya minta maaf kepada semua pembaca blog ni apabila komentar anda tidak bisa saya balas.

oke, kembali ke resepi.. apabila anda ingin menu lain boleh baca resepi agar-agar santan gula merah. jom kita layan resepi yang sedap ini..

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus agar-agar (10 gm)
  • 1 tin susu cair (400 gm)
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 1/2 cawan gula (boleh lebihkan bila suka manis)
  • 3 cawan air
  • 1 bungkus biskut oreo (137 gm) - patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis
Cara Membuat Puding Milo Lapis Oreo


#1. campurkan air dan serbuk agar-agar kemudian masak hingga ianya larut, selepas itu masukkan gula bersama susu cair masak lagi hingga larut dan mendidih.
Resepi Puding Milo Lapis Oreo

#2. asingkan 2 cawan ke dalam bekas atau periuk lain kemudian masukkan milo dan kacau hingga sebati.

#3. kemudian siapkan acuan dan tuangkan 1 cawan campuran milo. panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan kecil supaya ioanya tidak membeku.

#4. apabila permukaan milo sudah mula mengeras sedia tuangkan kedalam adunan putih tadi. taburkan biskut oreo, apabila adunan putih mula mengeras kemudian tuangkan baki adunan milo tadi. selepas tu rehatkan hingga ianya sejuk sebelum di masukkan kedalam peti ais.

Tips Membuat Lapisan

sebaiknya adunan tersebut masih panas ketika menuang ke dalam lapisan sebelumnya supaya ianya melekat dengan baik sebab apabila sudah membeku sepenuhnya lapisan tersebut tidak boleh melekat sempurna.
Resepi Puding Milo Lapis Oreo

supaya lebih melekat anda boleh guna garfu dengan guris-guriskan pada permukaan lapisan sebelum tuangkan lapisan seterusnya. macam mana mudah je kan resepi puding milo lapis oreo ni sampai jumpa lagi di entry seterusnya.

 

Start typing and press Enter to search