banner here

Resepi Roti Jala Kekal Lembut Sukatan Cawan++

- Sabtu, Julai 08, 2017
Resepi Roti Jala - Percaya tak sebenarnya dahulu saya sangat tidak menggemari roti jala, tetapi selepas berkahwin saya menjadi gemar roti ini..mungkin kerana suami menggemarinya dan beliau kerap meminta saya untuk menyediakannya.

biasanya saya menyediakan roti jala bersama gulai, boleh guna gulai ayam atau gulai kambing dan rasanya sangat menyelerekan rasa..hihihi.. saya sangat suka apabila menyediakan roti ini sebab senang dan simple je dan anak-anak pun semuanya suka.
Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala


saya tengok kat cik google banyak yang kongsikan resepi roti jala dan salah satu antara adalah blog Azie Kitchen, sebagai sesama blogger resepi saya sangat mengkagumi empu blog tersebut sebab banyak kongsikan resepi yang mudah dan sedap, juga banyak resepi baharu yang saya sendiri pun tak tahu .. hihihi

walaupun level memasak saya jauh di bawah Azie Kitchen tetapi saya sangat ingin mempunyai blog seperti dia, ramainya visitor blog dia punya dan tentulah memerlukan masa yang lama supaya mempunyai visitor seperti itu.
Resepi Roti Jala Kekal Lembut

okay, kembali ke resepi, alhamdulillah hari ini saya diberikan kesempatan untuk berkongsi resepi soti jala. kebetulan kemarin saya menyediakan gulai ayam untuk menu makan malam keluarga dan tetiba angin rajin plak jadi lah saya buat roti jala juga.

sebenarnya resepi yang saya kongsikan ini sama sahaja dengan yang ada kat cik google, tetapi tak ada salahnya saya ikut berkongsi juga. jom kita tengok resepinya dibawah dan resepi ini sangat sesuai apabila anda ingin cuba menu lain selain nasi..

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur 
  • 2 1/2 cawan air + 1/2 cawan santan 
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/2 cawan minyak masak
Cara Membuat Roti Jala Lembut
Resepi Roti Jala

#1. campurkan semua bahan diatas tadi kedalam sebuah bekas kemudian blend hingga sebati kemudian tapis.

#2. apabila nak tahu adunan sudah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sedikit adunan pada acuan roti yang berbentuk corong dan apabila keluarnya tak putus-putus maknanya sudah boleh dijala. 

#3. kemudian jala atas kuali non stick beberapa saat tetapi guna kuali biasa pun boleh asal tidak melekat dan apabila sudah masak tak payah dibalik terus aje diangkat dan digulung.

#4. apabila sudah siap boleh hidangkan bersama gulai ayam atau gulai kambing, emmm sedapnyaaa..
Resepi Roti Jala Lembut

yang paling saya suka dari roti jala adalah walaupun sampai ke petang roti jala tetap lembut apabila dimakan masih seperti baru dimasak. tips dari saya apabila adunan terlalu pekat boleh tambah sedikit air sehingga boleh di jala, selamat mencuba resepi roti jala yang simple ini.

 

Start typing and press Enter to search