banner here

Resepi Agar-Agar Roti Gardenia Mudah dan Ringkas

- Isnin, Ogos 21, 2017
Hello semua jumpa lagi di usiamuda.com, apa khabar sihat ke? hari ini saya ingin berkongsi resepi agar agar roti gardenia. rasanya dah lama saya tak berkongsi di blog saya yang sederhana ni. tengah hari yang panas macam ni memang paling sedap apabila memakan yang sejuk-sejuk kan..

beberapa minggu lepas saya juga dah share resepi agar agar santan yang juga tak kalah sedap daripada agar-agar gardenia ni. entah kenapa hari ini hasrat hati saya tengah berkobar kobar untuk membuat agar-agar.
Resepi Agar-Agar Roti Gardenia

Resepi Agar Agar Roti Gardenia


biasanya apabila bulan puasa tiba agar-agar roti selalunya menjadi pilihan sebagai menu berbuka puasa mungkin kerana dianya boleh menyegarkan tekak selepas tak makan atau minum 1 hari penuh. saya sendiri adalah penggemar agar-agar dan pasti lah saya kerap menyediakan makanan ini paling tak 1 bulan sekali.

anak-anak juga sangat suka agar-agar ni.. kata mereka bentuknya cantik warna-warni macam pelangi hihihi.. apabila anda ingin cuba resepi ini tak perlu risau sebab resepi ini mudah sahaja. jom kita layan resepi yang sangat mudah ringkas dibawah ini..

Bahan-Bahan

  • 4 keping roti gardenia - buang kulit tepi dan carik-carikkan
  • 20 gm agar-agar tali - rendam 1 jam dan toskan
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 2 sudu besar margerin
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • secubit garam
  • pewarna pilihan
Cara Membuat Agar Agar Roti
Resepi Agar-Agar Roti Gardenia

#1. blender roti, susu pekat, marjerin, susu cair hingga halus kemudian ketepikan sekejap.. sementara itu masak agar-agar dan 6 cawan air tadi.. masukkan gula selepas itu kacau hingga rata.

#2. masukkan bahan-bahan blender tadi ke dalam agar-agaryang sudah dimasak dan kacau sebati kemudian masukkan secubit garam. kacau-kacau hingga mendidih dan apabila sudah mendidih tutup api.

#3. pisahkan adunan dalam 2 - 3 bahagian kemudian warnakan ikut suka. sediakan loyang yang sudah dibasahi dengan sedikit air dan tuangkan adunan dalam beberapa layer. tapi semasa menuangkan adunan harus perlahan-lahan dan pastikan adunan dibawahya sudah agak beku.

#4. sebagai hiasan masukkan sedikit adunan warna kedalam plastik kecil kemudian potong hujung plastik dan hiaskan diatas agar-agar. apabila proses dah selesai boleh simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam. akhir sekali, keluarkan dan potong-potong mengikut suka dan sediakan..

demikianlah resepi agar-agar roti gardenia yang saya kongsikan, mudah sahaja kan dan apabila bermanfaat sila share kepada keluarga atau kawan anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search