banner here

Resepi Agar-Agar Sirap Laici yang Sedap dan Mudah

- Jumaat, Ogos 25, 2017
Resepi agar agar sirap laici - saya memang penggemar makanan yang lembut dan nyaman di kunyah seperti puding dan agar-agar. bahkan dari kecil saya meminta ibonda untuk membuatkan agar-agar apabila bulan ramadhan dan hari perayaan.

agar-agar memiliki bentuk dan warna menarik yang pasti membuatkan anak-anak suka, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat agar agar juga mudah didapati dan dianya tak guna banyak bahan pun. saya fikir semua masyarakat Malaysia pasti suka dengan agar-agar dan makanan ini sudah menjadi tradisi dari masa datuk dan nenek kita.
Resepi Agar-Agar Sirap Laici

Resepi Agar-Agar Sirap Laici


dah lama saya tak bersiaran di alam maya dengan kawan-kawan pemaca blog saya ini, sebenarnya saya ingin terus update entry setiap hari namun masa yang bergerak teralalu pantas menjadikan saya kepenatan mengejar ruang masayang ada. saya adalah wanita yang bekeja sehingga terlalu padat aktiviti dan waktu rehat pun sangat sedikit.

hari ini tiba-tiba teringin berkongsi resepi agar-agar sirap laici lagipun agar-agar ini sangat cepat disediakan. bila bulan ramadhan mungkin anda tak mahu menghabiskan banyak masa di dapur dan agar-agar ini sangat sesuai kerana tak perlu banyak masa.

sebenarnya saya dah berkongsi pelbagai resepi agar-agar, apabila anda ingin cuba sila klik resepi dibawah :

kalau saya buat agar agar sirap laici ni pasti cepat habis, anak-anak memang sangat suka dan setiap kali buka peti ais mesti mereka ambil sepotong-sepotong. oke, tak usah banyak cakap jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 20g agar agar
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici (asingkan air dan buahnya)
  • beberapa titik pewarna merah (saya guna sirap ros)
  • 2 helai daun pandan
Cara Membuat Agar-Agar Sirap Laici

#1. masak agar agar bersama air dan daun pandan hingga larut dan mendidih kemudian masukkan gula. selepas itu masukkan 1 cawan air buah laici tadi. 

#2. sementara itu, masukkan buah laici kedalam beberapa bekas atau acuan kecil, boleh juga guna acuan yang besar ikut suka anda.

#3. apabila agar-agar sudah mendidih keluarkan daun pandan dan tuangkan kedalam acuan dan biarkan hingga sejuk. kemudian pindahkan kedalam peti sejuk hingga ianya keras, sedia untuk dipotong dan dihidangkan.
Resepi Agar-Agar Sirap Laici

sangat simple dan mudah sahaja resepi agar agar sirap laici ni, apabila resepi yang saya kongsikan ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

This Newest Prev Post
 

Start typing and press Enter to search