banner here

Resepi Kerepek Popia Cheese Rangup dan Sedap

- Jumaat, Ogos 11, 2017
Salam sejahtera semua, hari ini saya nak kongsikan resepi karepek popia cheese yang rangup lagi sedap. kerepek popia cheese ini sangat sesuai untuk dijamu sebagai juadah ketika hari perayaaan atau dimakan pada bila-bila masa.

kerepek ini sangat popular di masyarakat malaysia dan banyak orang menggemarinya, rasanya yang sedap dan rangup membuatkan lidah saya tak boleh berhenti makan .. hihihi.. popia cheese ini sekarang viral di media sosial seperti facebook dan twitter sebab ada produk yang di komersilkan iaitu wonder cheese.
Resepi Kerepek Popia Cheese

Resepi Karepek Popia Cheese


resepi yang saya kongsikan ini rasanya seakan-akan keropok keju jenama cheezel yang ada di pasaran, memang best dan sedap betul lah mengunyah kerepek ini. biasanya setiap kali hari perayaan tiba saya akan membuat makanan ini dan memang banyak yang menggemarinya bahkan apabila saya sediakan untuk para tetamu dari antara kerepek inilah yang menjadi perhatian tetamu hehehe..

apabila anda ingin membuat mudah dan simple aje tak payah nak gulung bagai, bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat mudah untuk didapati. juga apabila anda membuat sendiri boleh lebih berjimat sebabnya akan mendapat lebih banyak.
Resepi Kerepek Popia Cheese

kerana resepi ini sangat simple anda boleh meminta anak-anak tolong buat dan bukan tolong makan aje kan. bagi saya popia keping atau kerepek lebih sedap berbanding yang gulung itu. makanan ini sangat sesuai apabila anda ingin buat bisnes untuk hari raya nanti. jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan

  • 1 packet kulit popia - potong kecik-kecik
  • serbuk cheese
  • gula halus secukup rasa
  • serbuk cili kering (apabila nak pedas)
  • minyak goreng 
Cara Membuat Kerepek Popia Cheese

#1. panaskan minyak goreng dalam kuali kemudian goreng kulit popia hinga masak menggunakan api sederhana. selepas itu angkat dan ketepikan sekejap.

#2. di dalam bekas lain masukkan gula halus dan serbuk cheese kemudian gaul hingga sebati, masukkan kulit popia yang sudah di goreng tadi ke dalam campuran serbuk cheese dan gaul hingga rata (boleh guna tangan)

#3. akhir sekali, apabila anda nak pedas boleh masukkan serbuk cili kering kemudian gaul dan siap.
Resepi Kerepek Popia Cheese

mudah dan simple aje resepi kerepek popia cheese ini dan apabila bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search