banner here

Resepi Tauhu Sumbat Bersama Sos Cili Simple

- Selasa, Ogos 22, 2017
Di dunia ini apabila kita bercakap pasal resepi atau masakan memang tak ada habisnya, dari resipi kuih muih, ayam, mee sampai makanan sihat untuk mereka yang berdiet. kerana itulah usiamuda.com hadir sebagai kontena pelbagai perkongsian resepi yang ada.

saya sangat berharap blog usimuda.com yang sederhana ini boleh memberikan manfaat untuk anda yang mencari resepi. kembali ke resepi, hari ini saya ingin berkongsi resepi tauhu sumbat sos cili yang sangat sedap dan simple juga.

resepi yang saya kongsikan ini sangat sesuai buat mereka yang berdiet kerana hidangan ini guna bahan-bahan fresh vegetables dan protein. tauhu sendiri merupakan makanan yang berasal dari negeri China dan mereka menyebutnya Doufu.
Resepi Tauhu Sumbat Sos Cili

Resepi Tauhu Sumbat dan Sos Cili


tauhu adalah makanan yang sangat popular di wilayah Asia Tenggara, entah itu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dianya lebih popular dengan nama Tauhu. kenapa tauhu adalah makanan yang sihat? sebab tauhu merupakan sumber protein alami yang boleh menjauhkan kesihatan dari pelbagai jenis penyakit.

saya sendiri suka tauhu sumbat dan biasanya saya menjadiakan sebagai hidangan untuk minum petang atau dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa pada bulan ramadhan. resepi ini sangat mudah dan boleh dicuba oleh semua pembaca, jom kita layan resepinya dibawah..

Resepi Tauhu Sumbat
Resepi Tauhu Sumbat Sos Cili

Bahan-Bahan :

  • 7 - 10 keping tauhu
  • 1 biji timun - hiris
  • taugeh (buang akar, cuci, celur sekejap dan toskan)
  • 1/2 biji sengkuang - hiris
  • 1 batang carrot - hiris
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Membuat :

#1. tauhu dipotong menjadi 3 segi kemudian goreng hingga masak kemudian angkat dan biarkan sekejap. sementara itu celurkan taugeh dan toskan. belah sedikit bahagian tauhu yang sudah dipotong 3 segi gunanya untuk memasukkan sayuran kedalam tauhu.

#2. masukkan sayuran yang sudah dhiris tadi kedalam belahan tauhu dan sekarang kita siapkan juga sos cili.

Resepi Sos Cili
Resepi Tauhu Sumbat Sos Cili

Bahan-Bahan :


  • 5 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji jus limau kasturi
  • 4 tangkai cili kering (potong kecil, cuci & rendam dengan air panas)
  • 1/2 cawan air
  • gula dan garam secukupnya
Cara Membuatnya :

#1. blend semua bahan hingga halus kecuali jus limau, selepas itu masak sos dengan api kecil hingga ianya pekat.

#2. apabila sudah pekat perasakan dengan gula dan garam secukupnya, campurkan jus limau dan kacau hingga rata.

#3. akhir sekali, hidangkan sos cili bersama bersama tauhu sumbat.

apabila kawan anda tercari-cari resepi tauhu sumbat dan sos cili juga boleh share resipi ini kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search