banner here

Resepi Cheese Cake Jepun Mudah dan Sedap

- Selasa, Oktober 10, 2017
Hello jumpa lagi di blog usiamuda.com, hari ini saya nak kongsikan resepi cheesecke jepun yang sangat mudah lagi sedap. pertama saya katakan selamat datang untuk pembaca yang kali pertama singgah di blog ini dan semua pembaca yang sudah biasa singgah di blog ini.

cheese cake adalah antara kesukaan saya, apabila ada resepi baru pasti saya cuba belajar. saya banyak mencuba resepi kat youtube dan dapr resepi yang di share oleh kawan-kawan group resipi. walaupun baru terbayang sudah membuat air liur saya meleleh..
Resepi Cheese Cake Jepun

Resepi Cheese Cake Jepun


sebenarnya ada banyak resepi apabila anda cari kat cik google. tetapi resepi yang saya kongsikan ini bagi saya lebih mudah, juga resepi ini sangat sesuai dengan selera saya.. tak manis sangat dan cukup lemak krimnya.

kali pertama saya cuba cheese cake jepun adalah semasa saya dan anak-anak pergi ke shopping mall, saya tengok bersepah-sepah ramai orang jual cake dan salah satu antaranya iaitu japanese cheese cake.

akhirnya saya cuba beli dan memang dia rasanya sedap dan lembut, dari itulahsaya mula rajin membeli cheese cake jepun apabila pergi ke shopping mall. tapi saya fikir daripada membeli lebih berpuas hati apabila buat sendiri kan.
Resepi Cheese Cake Jepun

resepi ini saya ambil dari cikepal06.blogspot.com dan hampir semua resepi cake dia guna sukatan gram tapi saya cuba share dengan sukatan cawan supaya anda boleh mudah buat. jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan A

  • 1/2 cawan tepung kek/ tepung superfine (60g)
  • 6 biji kuning telur
  • 100 ml susu segar
  • 20g tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon
  • sedikit garam
  • 1 cawan cream cheese (250g)
  • 50g unsalted mentega/ butter
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 140g gula
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar

Cara Membuat Cheese Cake Jepun

#1. mula asingkan putih dan kuning telur, sementara itu cairkan cream cheese, butter dan susu segar guna kaedah double boiler (macam cairkan coklat dengan letak air dekat bawah dan kacau guna whisk hingga cair) apabila sudah cair ketepikan.
Resepi Cheese Cake Jepun

#2. pukul kuning telur pada bekas lain kemudian masukkan cream cheese yang sudah kita cairkan tadi dan kemudian kacau hingga rata guna whisk.

#3. selepas itu masukkan tepung jagung dan tepung kek dan kacau lagi guna whisk. masukkan 1 sudu besar jus lemon dan sendikit garam dan kacau hingga sebati guna whisk dan ketepikan sekejap.

#4. kali ini kita akan buat Meringue pulak dari bahan B tadi. mula pukul putih telur hingga berbuih-buih guna mixer (boleh guna whisk) apabila sudah berbuih masukkan cream of tartar.

#5. kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga putih telur menjadi pekat dan likat (dianya tak mudah jatuh ke bawah apabila bekas kita balik) selepas tu masukkan meringue kedalam adunan cream (bahan A) dan bolak-balikan hingga sebati (guna kaedah kaup balik)
Resepi Cheese Cake Jepun

#6. siapkan loyang dan lapikkan baking papper pada bahagian bawah dan tepi, kemudian tuangkan adunan kek kedalam loyang tadi.

#7. bakar guna kaedah water bath iaitu sebelum bakar panaskan loyang lain berisi air panas ke dalam oven bersuhu 170" C selama 20 minit. kemudian letak loyang berisi adunan kek pada loyang berisi air panas tadi. (saiz loyang berisi air panas harus lebih besar/ lebar )

#8. bakar kek dengan suhu 160" C selama lebih kurang 1 jam dan apabila sudah masak angkat dan potong sesuai selera.. hidangkan..
Resepi Cheese Cake Jepun

lembut.. moist... sedap.. semua ada pada cake ini dan apabila anda sekali cuba pasti ingin terus makan.. cheese cake jepung ini sangat sesuai apabila dihidangkan bersama keluarga di hujung minggu.

This Newest Prev Post
 

Start typing and press Enter to search