banner here

Resepi Roti John Asli Paling Sedap Jom Cuba

- Selasa, Oktober 31, 2017
Rasa rindu yang tak ada ubatnya kerana dah lama saya tak kongsikan entry resepi apapun di blog ini dan alhamdulillah hari ini saya ada masa cuti sehingga boleh berkongsi resepi lagi untuk anda. hari ini saya nak kongsikan resepi roti jhon yang sangat sedap. emmhhh..

apabila kita bercakap pasal roti pastilah banyak orang yang menggemari makanan ini dan saya adalah termasuk orang yang suka roti. saya suka pelbagai macam roti salah satu antaranya adalah roti jhon dan roti jala yang kekal lembut.
Resepi Roti John Asli Paling Sedap

Resipi Roti John Asli


biasanya roti john sangat ramai tercari cari orang apabila bulan ramadhan tiba tapi ketika hari biasa pun makanan ini kerap menjadi perhatian orang ramai. rasanya yang sedap dan mudah di dapati jugak harganya yang murah menyebabkan ianya menjadi kegilaan orang ramai.

saya teringat kali pertama cuba roti john ini adalah semasa saya masih kat kolej dulu, apabila ada bazar saya kerap pergi bersama kawan untuk membeli roti john ini. saya dan kawan berbuka puasa dengan roti john.. serius lebih sedap apabila di makan bersama orang orang tersayang.

mungkin roti ini harganya murah tapi apabila kita nak dapat banyak saya fikir mubazir duit kan jugak kadang tuu tak terasa pun daging atau ayamnya , lebih baik cuba membuat sendiri resepi roti john supaya boleh dapat kuantiti yang banyak untuk semua keluarga di rumah.
Bahan bahan roti john

anda tak perlu bimbang sebab resepi ini sangat mudah, jom kita layan resepi roti john dibawah..

Bahan-Bahan

  • 1 pack roti sausage gardenia -belah 2 tapi jangan sampai putus
  • 2 keping daging burger (daging kisar ramly pun ok) - dinyah bekukan dan cincang halus
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 inch halia – ketuk dan cincang halus
  • 1 sudu besar rempah kari
  • daun bawang – dipotong 1cm
  • 2 - 3 biji Tomato – hiris-hiris
  • 1 biji Timun – hiris-hiris
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • Kobis - hiris-hiris
  • sos cili secukupnya
  • mayonnaise
Cara Membuat Roti John Sedap

#1. panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. selepas itu masukkan rempah kari dan kacau hingga naik bau.

#2. masukkan daging burger cincang dan pecah-pecahkan menjadi bahagian kecil dan kemudian gaul hingga sebati. masukkan serbuk lada hitam secukupnya dan kacau hingga rata.

#3. apabila daging sudah kering tutup api dan biarkan sejuk. apabila sudah agak sejuk masukkan adunan ke dalam bekas atau mangkuk. masukkan telur bersama daun bawang dan kacau rata.

Cara Menyediakan Roti John

#1. panaskan dan lenserkan sedikit marjerin pada non-stick pan, kemudian sendukan adunan burger yang sudah dicampur telur tadi. 
Resepi Roti John Asli Paling Sedap

#2. apabila sudah kelihatan agak masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan adunan tadi kemudian tekan tekan sekejap dan biarkan hingga masak. ulangi proses tadi hingga semua adunan habis.
Resepi Roti John Asli Paling Sedap

#3. susun hirisan tomato, kobis, timun dan paipkan mayonnaise dan sos cili sebelum dihidangkan..

mudah sahaja kan resepi roti john yang saya kongsikan ini, apabila bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search